Monday, March 12, 2012

mana lagi penting..ilmu pengurusan atau asas rohani?

Semua orang pasti pernah terlibat dalam dunia organisasi..kecil atau besar.
begitu jugalah ana dalam alam mahasiswa..diizinkan Allah untuk giat dalam persatuan pelajar.

dalam dunia pngurusan ni...
ana amati dan membuat kesimpulan bahawa
asas rohani adalah lebih utama perlu dimiliki oleh calon pimpinan daripada ilmu pngurusan
mngkin ada yg setuju,mngkin ada yg tak..
kita sntiasa merancang ttpi prancangan Allah adalah yg trbaik n trindah
tak apa..disinilah wadah untuk kalian keluarkan pendapat. ana seronok untuk berbincang

sebab apa ana buat kesimpulan sebegini?

ramai yang sebelum naik menjadi pimpinan...
mereka terkenal dengan idea-idea mereka,
terknal dengan penguasaan etika majlis dan program,
terkenal dengan ilmu pngurusan fail dan sebagainya..
tetapi ramai di kalangan mereka setelah naik menjadi pmpinan,
mereka gagal melaksanakn idea mereka
hidup tidak tentu hala kerana lambakan kerja dan sebagainya
semakin tidak cakna dengan solat dan ibadah yg lain

mungkin kalian akan kata bahawa mereka ini gagal dan tidak mengetahui ilmu pengurusan waktu dan fiqh khamsa

tetapi hakikatnya..kebanyakan dripada mereka adalah mereka yang mngetahui akan semua itu

Aneh..apa punca masalahnya yang sebenar?
semuanya adalah kerana tiadanya asas rohani yang kuat

ramai juga yang sebelum naik menjadi pimpinan tidak pernah mempunyai pengalaman dan ilmu dalam pngurusan
mereka cuma hebat dari aspek hubungan dengan Allah dan manusia..

tetapi..apabila mereka memimpin dan mengurus atur program, segalanya berjalan lancar dan baik

boleh jadi ilmu pengurusan yang terbuku di dalam kitab-kitab pengurusan dan motivasi itu diketahui oleh mereka yang rapat dengan tuhan walaupun mereka tidak pernah membacanya

Allah mampu untuk menghadiahkn ilmu tersebut kepada "mereka" ini melalui ilham dan pengalaman
dan Allah akan membantu perjalanan sesi pimpinannya kerana mereka adalah insan-insan yang mmbantu agama Allah dan konsisten di dalamnya

sedar atau tidak sedar
setiap tindakan kita adalah bergantung kepada keizinan daripada Allah s.w.t
walau betapa hebatnya ilmu kita dalam pengurusan masa
walau betapa dalamnya kefahaman kita dalam pengurusan fail
jika Allah tidak mengizinkan kita melakukannya..maka kita tidak akan dapat melakukannya 

ramai sudah buat to do list
tetapi masalahnya masih belum selesai

ramai sedar yang dia perlu lakukan sekian-sekian tindakan pada sekian waktu
tetapi dia terus trmangu-mangu, tak buat apa pada waktu tersebut

jika kita termasuk di dalam mereka yang menghadapi masalah sebegini
periksalah kembali bagaimana hubungan kita dengan Allah
bagaimana solat jemaah kita
bagaimana amalan sunat kita
dan bagaimana hubungan kita dengan sesama manusia yang lain 

kenapa ana cakap seperti ini?

sbb ana adalah antara mereka yang berpenyakit sebegini...
dan daripada situ ana trsedar bahawa....

"hanya dengan kembali kepada Allah ana sembuh"

1 comment: