Monday, March 12, 2012

ana dan maksiat..

bila difikirkan dan diperhati...

setiap kali ana ada buat silap pada tuhan
mesti lepas tu prestasi ana turun


elok-elok petah bercakap
jadi trgagap-gagap dan isi ucapan jadi berterabur

bila nak belajar
otak tak mampu fokus...baca..kemudian lupa..baca..kemudian lupa

segala perkara yang dilakukan pada hari tersebut semuanya serba tak kena

hebat betul penangan maksiat terhadap diri ini

bila cerita pasal benda ni, teringat kisah imam as-Syafie yang mengadu kepada gurunya, imam Waqi' mengenai prestasi hafalannya yang menurun. Lalu, gurunya menasihati agar

"tinggalkan maksiat.."

tidak akan lahir umat islam yang hebat sekiranya masyarakatnya bergelumang dengan maksiat. apa tidaknya, jika semua terus menerus melakukan maksiat, prestasi diri stiap muslim itu terus-menerus menjunam jatuh dan akhirnya mereka gagal untuk mempamerkan kepada dunia akan potensi mereka yang sebenar

"tipula, cuba tengok barat..diorang ada casino, disko semua tu, tapi tak ade pulak mundur" tempelak si jambul

haish...sedarlah wahai sahabatku

Allah menguji golongan bukan islam dengan makin mereka jauh dengan Allah,makin mereka disirami kemewahan

manakala Allah menguji umat islam dengan cara yang sebaliknya

"tak caya...kawan aku hisap rokok, minum arak lagi tu...kaya je dia" sindir si boyot pula

astaghfirullah..

kalian kena faham apakah yang dinamakn sebagai ujian daripada tuhan

segala apa yang membuatkan kita makin jauh daripada tuhan adalah ujian..
andai dengan kekayaan kita makin lalai..maka itu adalah ujian buat kita
andai dengan kemiskinan kita makin putus asa..maka itu adalah ujian buat kita

boleh jadi kesenangan yang kita perolehi adalah istidraj (nikmat yang diberikan untuk membuatkan kita lebih jauh dari Allah) buat kita..

tangisila dosamu
hakikatnya...maksiat membuatkn kita LEMAH

1 comment:

  1. haah.. memang betul lah..aku pun selalu rasa lemah lepas buat maksiat..

    ReplyDelete