Thursday, March 22, 2012

aku.benar.kau.salah

kerangka pemikiran seseorang itu dibentuk oleh prsekitarannya dari kecil hingga kini
yang dikatakan salah oleh ibunya dahulu...itulah juga yang dikatakan salah oleh dirinya
yang dipangkah oleh ayahnya dahulu...itulah juga yang dipangkah oleh dirinya

ramai yang cukup malas untuk meneliti sesuatu isu dan tidak berusaha mencari jawapan sesuatu perkara...maka mereka amat gemar untuk hanya menerima maklumat dari sumber yang dirasakan 'suci' sejak dahulu tanpa ingin mngkaji dan menilai terlebih dahulu

kesan daripada itu.. lahirlah seorang manusia yang cukup keras pendiriannya terhadap sesuatu ideologi.
baginya..ideologi yang bertentangan dengannya adalah salah dan kotor belaka

sedangkan mereka ini tidak pernah cuba untuk membaca penulisan-penulisan mereka yg berideologi selain daripada mereka.

Mereka juga tidak pernah cuba berbincang dan bertukar pendapat. tetapi mereka ini hanya tahu mencaci kesilapan dan kekurangan di dalam ideologi atau peribadi pendokong ideologi itu sendiri


wahai sahabat-sahabatku

bukanlah sesuatu yang manis untuk kita selaku umat islam terus mencaci dan menghukum sesuatu tanpa usul periksa..

sebagaimana kita inginkn suara kita didengari
seperti itu jugalah kita perlu mmberi ruang ntuk mendengar suara mereka

sbagaimana kita inginkan hak kita dihormati
seperti itu jugalah kita perlu menghormati hak mereka

ana percaya bahawa semua org inginkn kebaikan dan kebenaran
cuma yang berbeza disini adalah asas kefahaman seseorg itu terhadap "kebaikan" dan "kebenaran"
bertitik tolak dari situ wujudnya ideologi yang berbagai

dalam konteks politik di malaysia

pihak sana merasakan mereka di pihak yang benar kerana mempertahankan hak bangsa

pihak sini pula merasakan mereka di pihak yang benar kerana mempertahankan kesucian agama

hakikatnya...semua orang merasakan mereka sahaja yang benar

jadi...siapakah yang benar?

kadang-kadang kita selaku mereka yang bergerak atas nama jemaah islam ini cukup tidak bijak dalam tndakan kita...ana tak sebut semua, tetapi segelintir. bertambah malang apabila suara mereka yang segelintir ini pula yang "kuat" dan didengari umum..tidak semena-mena kotoran sikap itu terpalit pada jubah jemaah islam.

Mereka mencaci pemimpin parti sana, mereka mnghebah-hebahkan cerita yang tidak pasti dan lebih teruk lagi apabila mereka sendri mencipta kisah buruk parti sana untuk dijaja kesana kemari..

kerana sikap segelintir mereka yang cukup tidak bijak dalam bertndak inilah yang membuatkan masyarakat umum lari daripada jemaah kita meskipun berada di atas landasan kebenaran.

apalah salahnya jika kita yang mengaku berkefahaman agama dan sering melaungkn slogan kesatuan ummat ini untuk berhenti daripada mncaci setiap perilaku "mereka" yang berideologi tidak selari dari kita?

bukanlah sesuatu ideologi itu dapat dibuktikan kebenarannya dengan kita sibuk mengatakan "aku benar, kau salah". akan tetapi ia dibuktikan dengan perilaku dan pembawakan kita. manusia sekeliling akan sentiasa memerhati pergerakan kita untuk mencari kebenaran yang kita canangkan..kalau kita sibuk menceritakan kesilapan insan tanpa mnceritakan apa yang bleh dilakukan untuk meraih kejayaan dunia akhirat, mana mungkin masyarakat akan dapat melihat kebenaran yang dibawa oleh kita


kita benar,mereka salah
mereka benar, kita salah
kita benar, mereka benar

semua itu tidak penting, hidup ini bukan perlumbaan...tetapi hidup ini adalah untuk saling melengkapkan
jika tersilap, carilah yang benar
jika sudah di lapangan yang benar, jangan diketawakan mereka yang masih tersesat tidak jumpa cahaya

tidak semua manusia mendapat kefahaman yang sama
fahami ketidaksamaan itu dan berilah peluang untuk mereka mndapat kefahaman yg benar
bukan mncaci kesilapan mereka

No comments:

Post a Comment