Friday, March 16, 2012

kita dan tokoh silam.

dari kecil hingga dewasa kita sering diceritakan mengenai kisah tokoh-tokoh islam yang terkenal

Nabi Muhammad saw sendiri..

Salahuddin al-Ayubi

Sultan Muhammad al-Fatih

as-Syahid Imam Hassan al-Banna

dan banyak lagi..termasuk la tokoh-tokoh haraki kontempori yang masih hidup di dalam zaman kita

pelbagai manfaat boleh kita perolehi daripada kisah-kisah mereka



akan tetapi


kita sering lari fokus daripada aspek yg perlu ditumpukan.
Ramai daripada kalangan dai'e atau pemimpin haraki hanya suka melihat kepada kemasyhuran yang dimiliki oleh tokoh-tokoh tersebut atas sebab kehebatan dan kejayaan yang dicipta oleh tokoh-tokoh tersebut.

Lantaran daripada itu..ramai daripada kita mencorakkan kerja kita agar ianya dapat dipuji,diketahui ramai, diingati sehingga beberapa generasi seterusnya dan banyak lagi

semua ini berlaku kerana salah faham akan konsep bekerja untuk islam...

mungkin dari segi luaran nampak cantik dan indah berbakti untuk agama
akan tetapi.....hanya kerana ada di kalngan kita yang bekerja dengan sehabis baik supaya dirinya diingati sebagai pemikir yang agung, dikenang sebagai aktivis paling berbakti atau ulama paling berpengaruh, maka dengan tidak semena-mena ia merosakkan kecantikan medan dakwah itu sndri

mereka ingin diri mereka diingati sebagai mana tokoh-tokoh islam silam yang lain diingati

mereka mahu diri mereka disanjungi sebagai mana tokoh-tokoh islam silam lain disanjungi

dan kerana kefahaman songsang sebegini wujud dalam diri mereka, maka mereka amat mudah untuk futur atau berputus asa daripada jalan dakwah ini apabila mereka tidak memperolehi sanjungan atau penghormatan seperti mana yang diharapkan..

perlu diingati..pujian atau snjungan itu adalah fitrah dan ianya akan datang secara semulajadi.

penghormatan tidak spatutnya menjadi matlamat utama dalam berdakwah..ia cuma menjadi sampingan yang muncul daripada usaha yang dirasakan oleh masyarakat sekeliling akan kesannya
dan seorang pmpinan haraki islam atau dai'e hendaklah sentiasa rendah diri dengan pujian yang diberi, perlulah diterapkan dalam diri akan nilai kesufian..


Apakah yang sebenarnya perlu kita ambil pngajaran sebagai mereka yg berjuang?

Kita perlulah lebih melihat kepada bagaimana hebatnya usaha-usaha yg tokoh-tokoh tersebut telah lakukan..
bagaimana perancangan mereka....
bagaimana hubungan mereka dengan Allah dan manusia...
bagaimana pengurusan isu mereka..
bagaimana kesatuan mereka...

dari situ barulah kita akan menyedari betapa mereka ini (tokoh hebat) amatlah layak diberi pengiktirafan dan penghormatan kerana jasa mereka dan bakti pada agama yang dilakukan secara ikhlas...

amatlah jauh perbezaan diri kita ini untuk dibandingkan dengan usaha yang telah dilakukan oleh mereka

perlu disedari juga bahawa..ramai tokoh-tokoh yang diingati dan dikagumi pada masa kini pada hakikatnya dicaci dan dicerca pada zaman mereka..atas kefahaman bahawa islam itu pasti akan menang dan mereka perlu mnjadi mata-mata rntai yang menyambung perjalanan dakwah, maka tokoh-tokoh ini tidak merasa risau dan sedih sekiranya sepanjang hayatnya tidak dikenang atau dihormati, kerana matlamatnya adalah untuk membantu agama Allah dan tidak lebih dripada itu

jln dakwah bukanlah mudah dan selesa seperti melalui hamparan karpet merah, jikalau tiada rintangan yang kalian temui malah hanya taburan pujian yg diperolehi, maka perlulah kalian periksa kembali haluan jalan dakwah kalian

No comments:

Post a Comment