Friday, March 23, 2012

kelas sudah bermula..dimanakah kita?

tik tok tik tok (style bnyi jam klasik)

"8.30 pagi"

~kelas sudah bermula....
tapi.....
dimanakah kita?

sudah berada di dalam kelas?
"alhamdulillah"

sedang berlari-lari anak ke kelas?
"cepat cepat!"

masih bersarapan?
"lek lu...kita gi kelas petang la"

masih...err."syahid"?
"astaghfirullah"


mengaku sayangkn ummat
tapi
kelas tak pergi


dengarkan kisah ini...
ada seorang petani
setiap hari dia akan ke ladang
tapi ..semasa di ladang, dia hnya akan makan tengahari daripada bekalan makanan yg dibawanya
kemudian dia akan tidur dengan senang hati di bawah sepohon pokok...
apabila sudah senja, dia pulang ke rumah
itula rutin hariannya
apabila ditanya oleh rakannya berkenaan pekerjaannya..dia akan menjawab:
"aku ni petani..kecil-kecilan je."

adakah dia layak digelar seorang petani atau seorangg yang hobinya makan di ladang?

cuba lihat kembali dri kita..

adakah kita seorang pelajar

atau...
kita seorang pelancong yg sambil-sambil melancong kita belajar apabila ada masa lapang?


adakah kita layak mengaku diri kita azhari apabila pulang ke malaysia kelak?
sedangkan kita hanya ke kuliah azhar 10 kali setahun?



pendusta tidak akan mampu memimpin ummat

mereka yg mencintai ummat tidak akan membiarkn bidang yg diceburinya hanya dalam keadaan hangat-hangat tahi ayam

kerana mereka sedar, jikalau bukan mereka yg menguasai bidang trsebut, maka boleh jadi sang musuh akan menguasai bidang trsebut.

pesanan ini bukanlah untuk sesiapa..tetapi untuk ana yg lemah ini. 



No comments:

Post a Comment