Wednesday, March 21, 2012

antara dakwah, cinta dan cita-cita

disana kelihatan.....
segelintir aktivis dakwah yang makin jauh meninggalkan lapangan dakwah apabila mngenali dunia cinta manusia

disini pula....
ada yang tergadai cita-cita hanya kerana berkorban demi cinta yang tidak pasti

apabila lihat ke kanan.....
brjumpa dengan yang hanyut dengan tuntutan cita-cita sehingga tidak mampu bangkit memberi peranan di dalam alam dakwah

apabila toleh ke kiri......
ramai pula aktivis dakwah yang salah faham akan konsep dakwah sehingga membiarkan cinta dan cita-cita terkapai-kapai begitu sahaja



dakwah . cinta . cita-cita

yang mana lebih utama? yang mana perlu diutamakan?

dakwah?
cinta?

atau.......cita-cita?

..................................................................................................................................................................

hakikatny...dakwah,cinta dan cita-cita adalah datang dari satu
mereka adalah satu
maka...mngapa perlu risau memikirkn yang mana lebih utama sehingga mngabaikn yang lain

mereka adalah kompenen yang menjadi syarat pelengkap kepada setiap satu antara mereka
cinta kepada ya Rab menimbulkan keinginan melihat tegaknya islam
keinginan untuk melihat islam kembali mekar akan melahirkan cita-cita
daripada cita-cita yg mndalam akan membuahkan dakwah yg bersungguh-sungguh..

alangkah cantiknya prjalanan hidup seorang pelajar perubatan. Beliau belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi doktor muslim yang mampu membawa sinar dan kebenaran islam ke dalam dunia perubatan.

Semua itu hanyalah kerana beliau cinta pada Allah dan sedar akan matlamat hidupnya. Jadual hayatnya hanyalah berpandukan cintanya pada ilahi...cita-citanya, corak dakwahnya, pemilihan pasangannya, jadual hariannya...semuanya dibentuk mengikut acuan cinta pada Allah.

adakah anda seperti pelajar perubatan itu?

kemunculan prbezaan antara dakwah,cinta dan cita-cita adalah apabila manusia mula mengasingkan dunia dengan agama...sejak dari itu:

tiada lagi bersahabat kerana Allah
tiada lagi cinta kerana Allah
tiada lagi belajar kerana Allah

yang ada hanyalah...

"aku kamcing dengan dia sebab ada chemistry la dengan dia..aku layan rock,dia pun layan rock..style maa.." mamat berkata-kata..

"aku kahwin dengan minah pun sebab dia lawa..kalau tak lawa, tak de la aku nak nikah dengan dia" Acap pula mencelah.

"Ingat aku belajar sungguh-sungguh ni untuk saje-saje ke? lepas grad ni aku nak jadi doktor..barula kaya. kalau aku fail sekarang habislah cita-cita aku" Si Ejat menyebutnya dengan semangat berkobar-kobar.

astaghfirullah...

hanya kerana cinta Allah tidak lagi jadi keutamaan dan dasar sesuatu prbuatan maka muncullah golongan yang ekstrim dalam salah satu aspek

wahai umat
kembalikanlah cintamu itu pada yang berhak
warnai hidupmu daripada cinta itu
nescaya cita-citamu adalah untuk islam
bukan untuk dirimu
nescaya cintamu adalah untuk islam
bukan untuk dirimu
nescaya dakwahmu adalah untuk islam
bukan untuk dirimu

apakah yang tinggal untuk dirimu nanti?
usah bimbang

cinta Allah disisimu



No comments:

Post a Comment