Saturday, March 10, 2012

apa ada pada masa?

 masa kita ?

ramai mengatakn masa itu bernilai dan menasihatkan sahabat-sahabatnya agar tidak membiarkan masa berlalu tanpa manfaat

akan tetapi...tindakan mereka menafikan lidah mereka

mengapa begitu?


masa kita adalah modal yang diberikan oleh Allah kepada kita...ia pergi tanpa kembali.
mana mungkin sesaat yg baru kita lepasi dapat dikejar semula

maka...
adakah wajar kita membazirkan modal yang sedikit ini?

andai kata..umur ana telah ditetapkan sehingga 30 tahun dan kini ana berumur 20 tahun,adakah ana seorang pengguna modal yang baik jika ana terus mensia-siakan modal ana yang hanya tinggal 10 tahun ini?

logikanya..sebagaimana kita boleh bertungkus-lumus mengerah otak memikirkan cara menjayakan bisnes dengan modal yang terhad,,sepatutnya begitulah juga kita menguruskan masa kita..adakah modal kita ini akan membawa pulangan yang lumayan di akhirat kelak mahupun sebaliknya....naudzubillah min zalik... 


perlu diketahui dan diyakini juga bahawa masa itu milik Allah dan dibawah kawalannya

ramai takut duit tak cukup,maka bekerja gila-gila tanpa henti hingga lupa pada solat
ramai risau projek tidak menjadi, kemudian meneruskan mesyuarat sehingga luput waktu solat
ramai tidak yakin dengan waktu exam yang makin hampir.lalu belajar tanpa rehat sehingga lupa untuk berdoa

sedangkan kita tahu masa itu dibawah kawalan Allah
dengan izin-Nya, satu saat yang diberkati itu lebih membawa kebaikan daripada setahun yang sifar rahmat.
tidak mustahil mereka yang hanya belajar satu jam tetapi waktunya yang lain banyak dihabiskan dalam mmbantu rakan-rakannya lebih memberi nilai tmbah pada pengetahuannya daripada mereka yang belajar 10 jam tanpa kenyakinan pada ilahi..

yakinlah pada Allah...serahkanlah urusanmu padanya

ramai yang membazir masa mereka..
di dalam mesyuarat...lesu
di dalam kelas...melilau
semasa bekerja..sambil lewa

mengapa baziri masa anda wahai sahabat?
adakah dengan anda lesu di dalam kelas,maka anda dapat lari dari kelas?..tidak sama sekali,malah anda terus brada di situ sehingga tamatnya kelas

maka,,apa kepentingan untuk anda tidak memberikan tumpuan?
janganlah bazirkan masamu..lakukanlah segala perkara yg sedang dilakukan dengan sehabis baik kerana anda tidak boleh membazirkan masa anda

gunakanlah peluang semasa bermesyuarat dengan melontarkan idea-idea anda,kerana itu sahajalah ruang dan masa yang anda ada

gunakanlah peluang menumpukn perhatian dengan sehabisnya di dalam kelas,,kerana itu sahajalah ruang dan peluang anda untuk bersama guru anda

atas sebab ini lah..mereka yang sering memikirkan akan kematian adalah mereka yang bijak..
mereka menyedari waktu kematian mereka tidak diketahui dan bakal tiba bila-bila masa sahaja..
maka mereka akan memberikan penumpuan dan kerjasama yang terbaik dalam apa-apa sahaja yang mereka sedang lakukan kerana mereka mnganggap itulah kali terakhir mereka akan lakukannya

^_^

2 comments: