Sunday, April 22, 2012

jom main game!

Cuba bayangkan sekarang anda sedang bermain permainan video, terpulang mengikut citarasa anda..nak main bola ke..barbie ke..ataupun lumba kereta

Natijah daripada kebijaksanaan anda mengawal watak permainan tersebut, akhirnya anda telah sampai ke peringkat permainan yang paling tinggi sekali.

Di peringkat ini, anda diminta untuk mengalahkan ketua kepada segala ketua yang paling hebat.

Semasa perlawanan menjadi semakin sengit..(sila bayangkan dengan serius. haha)

tiba-tiba...

watak permainan kawalan anda bertindak sesuka hati...

yang bermain bola tiba-tiba own goal

yang bermain kereta tiba-tiba wrong direction

yang bermain barbie...err....tiba-tiba menangis (kot..)


Apa perasan anda selepas itu?

marah?

bingung?

mengetawakan diri sendiri?

atau kesemuanya sekali..?

Ana bukan nak huraikan berkaitan permainan video ataupun perasaan marah tadi.

Ana cuma nak kita renungkan semula sikap kita di dalam persatuan, organisasi mahupun jemaah islam..

Selaku mereka yang berintima' `aqidi (bergabung dengan jemaah atas dasar akidah), kita seharusnya bekerja dan bergerak mengikut posisi yang telah ditetapkan oleh jemaah.

Akan tetapi, sedih bertambah malang (tetapi tidak berbau) apabila kita lebih cenderung membawa nama peribadi masing-masing dengan menggunakan saluran jemaah. Kita hanya bergerak atas keinginan peribadi.

Apabila kita mendapat posisi yang sesuai dengan kehendak diri, kita bekerja dengan senang hati. Tetapi, apabila kita mendapat posisi yang dirasakan terlekatnya secebis hina, kita menolak dan mengambil ringan tugasan tersebut.

Orait, ada yang sudah nampak apa yang ana cuba sampaikan? (sila angkat tangan..yea!)

belum lagi..?

Baiklah ana teruskan..

Begitulah analogi yang ana cuba berikan kepada kalian mengenai "mereka" yang memilih-milih dan cerewet di dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh jemaah.

Diposisikan sebagai pengarah atau penasihat atau pengerusi, diri terus merasa bangga, kembang kempis hidung. Ramai datang berebut-rebut..

Apabila diminta mencuci tandas awam, menyertai gotong-royong ataupun turun padang berceramah, mereka ini mula tarik diri dengan pelbagai alasan.

Bagaimana mungkin matlamat jemaah akan tercapai sekiranya masih terdapat watak sebegini?

Bagaimana mungkin kemenangan digenggam jikalau watak berlari-lari kesana kemari tidak mahu dipandu arah oleh jemaah?

Mereka merasakan potensi mereka diabaikan, mereka merasakan masa mereka dibazirkan, mereka merasakan mereka lebih sesuai melakukan kerja yang lebih "besar"

Hakikatnya, mereka yang menyusun atur strategi itu nampak dengan jelas bahawa bola perlu di"pass"kan kepada "striker" sayap kanan baru kita akan menjaringkan gol..mengapa perlu si "striker" sayap kiri merasa terhina melakukan serahan bola kepada rakanya untuk menjaringkan gol?

Apa akan jadi sekiranya, tiba-tiba si striker kiri ingkar pada kawalan pemain? dia terus merembat bola, kerana ingin dirinya digelar penjaring terhebat. Akhrinya, bola dapat ditahan dengan mudah oleh penjaga gawang lawan.

Kesudahannya, kemenangan tidak akan tercapai

Sedarlah, pimpinan lebih nampak dimana kegunaan kita pada ketika "itu", di tempat "itu" untuk kelebihan islam.

No comments:

Post a Comment