Friday, April 27, 2012

anda dan andaian

ragam manusia warna-warni
sana ragamnya begitu
sini ragamnya begini

ana persembahkan suasana pelangi kehidupan:

Situasi 1
bila dilihat si A (exco pelajar) muram dan tidak bermaya di hadapan ahli
kita akan berkata di belakang: "dia tak sepatutnya buat begitu, aku tak sokong exco camni."

Situasi 2
bila si B (rakan satu asrama) mula tidak kelihatan beberapa hari
rakan-rakannya akan mula berkata: "lama tak nampak? tidur seharian ke?"

Situasi 3
bila si C tidak hadir/lambat ke mesyuarat
pengerusi mesyuarat akan memarahi si C: "kamu ni tidak mengetahui fiqh aulawiyat!"

Situasi 4
bila si D mula merungut kerjanya yang berlambak
sahabat yang mendengar terus menyalahkannya: "buat kerja ikhlas la sikit"

*geleng-geleng kepala...

pilihan diberi:
(a) terus menyalahkan perilaku
(b) cuba memahami keadaan

anda pilih yang mana..?

secara realitinya kita lebih cenderung bertindak dengan pilihan (a), sedangkan apabila menjawab soalan SPM dengan situasi yang sama kita mampu menjawab (b) dengan tepat..apakah ini?

ada ilmu tiada amal
ada etika tiada akhlak
cantik kata punah tindakan

boleh jadi si A sedang mengalami masalah peribadi yang menekan emosinya. Walaupun dirinya diajar seni mengawal stress, tidak bermaksud dia sifar tekanan..si A tetap manusia, bukannya robot yang akan mengubah keadaan mengikut apa yang diprogramkan. Daripada anda terus berkata seperti di atas, mengapa tidak berkata dalam hati: "mungkin dia perlukan aku untuk luahkan masalah, salah aku tidak berada di sisi dia waktu ini."..

Si B tidak kelihatan seharian tidak bermaksud dia tidur seharian atau melarikan diri dari rakan-rakannya..boleh jadi selama ini dia yang rajin menziarahi bilik rakan-rakannya, tetapi sebaliknya yang berlaku terhadap dirinya..tidak ada rakan yang pernah ke biliknya. Maka apabila dia tidak menziarahi rakan-rakanya selama sehari, terus rakan-rakannya mengatakan dia itu dan ini. Sedangkan bukan salah si B, salah rakan-rakannya yang tidak mengambil berat si B sebagaiman si B mengambil perhatian kepada rakan-rakannya.

Bagaimana pula dengan si C..?
Tidak hadir ke mesyuarat atau hadir lewat adalah suatu kesalahan..tetapi tidak selamanya atau sentiasa boleh menjadi kesalahan. Ada sebilangan keadaan di mana pengerusi mesyuarat itu sendiri yang tersilap. Ramai galak menekankan kepentingan hadir dalam mesyuarat dan sebagainya..tetapi terlupa untuk menekankan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pengerusi mesyuarat dalam mengadakan mesyuarat atau perjumpaan...siapa yang perlu terlibat? betulkah isu ini perlu dibincangkan dalam mesyuarat? perlu ke mesyuarat diadakan..atau boleh berjumpa secara bersendirian sahaja?..kesilapan umum pengerusi mesyuarat boleh menjadi antara faktor mengapa berlakunya ketidakhadiran si C..mungkin sepatutnya si C tidak diperlukan di dalam perbincangan isu tersebut..atau si C terdapat perkara yang lebih aula untuk diutamakan.

Bagaimana pula dengan si D?
Merungut itu fitrah..meskipun bukan sikap yang baik. Usah disalahkan si D, sebaliknya cuba untuk berbincang dan memahami dengannya. Kerana merungut adalah satu signal yang cuba diberikan kepada pendengar bahawa "dia" sedang tertekan dan perlukan bantuan.

setiap tindakan punya sebab
anda yang memilih andaian dalam diri anda
dia salah.dia benar.dia terlupa.dia sengaja
semua pilihan anda

andai diri sengaja hidup dalam andaian negatif
segalanya akan jadi salah di mata anda

tetapi sekiranya anda suburkan dalam diri andaian positif
pandangan mata hati akan lebih luas dan indah

sangka baik adalah pilihan yang terbaik
*tips untuk dapat A+ dalam exam sivik SPM (haha) ^_^



No comments:

Post a Comment