Friday, April 27, 2012

debat di sana, demo di sini

semalam baru selesai menonton debat antara YB Khairy Jamaluddin dengan Dato' Ambiga berkenaan reformasi pilihanraya.

"menarik.berfakta.jelas"
itu yang ana mampu simpulkan..

sebelum ini sempat juga menonton rakaman debat antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli di UK kalau tak silap.

tahniah ana ucapkan kepada kedua-dua pihak yang sudi membentangkan idea kalian..dan tidak lupa juga kepada pihak penganjur yang sanggup menjadi antara penyubur budaya yang sihat ini.

ana disini bukanlah nak mengulas mengenai isi perbincangan, siapa menang siapa kalah..tetapi ana nak nyatakan rasa syukur sebab aktiviti seperti ini semakin diterima baik oleh khalayak ramai.

ada pihak yang mengatakan debat tidak baik dan sebagainya
dan seterusnya mengeluarkan dalil-dalil yang menolak aktiviti debat
ana bukanlah mereka yang ahli dalam bidang ini dan ana bukan juga ingin menolak dalil

tetapi apa yang ana lihat dalam perdebatan ini, ia bukanlah "debat" seperti yang masyarakat umum fikirkan..ia adalah suatu perbentangan gagasan idea dan perbincangan.

suasana penuh akademik..tiada caci mencaci..

ia adalah perbincangan..cuma telah diberi nama "debat" kerana dua pemikiran yang berbeza bertemu dan berbahas..

jikalau ana tersilap,,betulkan ana

suasana sekarang..yang di kiri bercakap..yang di kanan bercakap
sana sini bercakap
sana tidak ingin mendengar sini, sini juga melayan sana sebegitu

maka, apabila kedua-dua pihak bercakap dalam medan dan waktu yang berbeza, mereka akan kelihatan bahawa mereka adalah benar belaka.

jadi yang mana satu yang benar sebenarnya?

kerana itulah, kita perlu letakkan kedua-dua pihak ini dalam suatu perbincangan supaya mereka dapat berbicara dalam medan dan waktu yang sama..seterusnya akan memperlihatkan kepada kita, dari mana datangnya salah faham itu.

seperti di dalam debat Khairy dengan Ambiga, kita boleh melihat dimana Khairy menerangkan dari mana datangnya 42,051 pengundi hantu dan kita boleh saksikan juga penjelasan daripada Khairy berkenaan bagaimana boleh terjadinya pemindahan pengundi dari suatu kawasan kepada kawasan yang baru.

inilah satu kelebihan debat berbanding ceramah kempen

di dalam ceramah semasa berkempen..pihak sana boleh cakap itu ini..pihak sini juga boleh cakap ini itu

sedangkan, apabila mereka bertemu dan diberi ruang untuk menjelaskan, maka kita kan lihat ia hanyalah salah faham.

disini ana nyatakan sokongan 100% supaya debat terbuka seperti ini diadakan pada masa akan datang apabila munculnya isu-isu nasional seperti ini.

Debat bukan untuk mencari siapa benar, siapa salah
tetapi untuk mencari dimana titik persamaan dan dimana bermulanya salah faham

debat di sana, demo di sini

bagaimana pula dengan demonstrasi?

siapa kata demonstrasi tiada manfaat..demo juga punyai manfaatnya yang tersendiri seperti mana debat.

dengan demo, barulah "mereka" yang buta prihatin ini akan cakna isu

dengan demo, barulah " mereka" yang mempunyai amanah menyedari mereka sering diperhatikan

"Oo..mahasiswa sepatutnya mempunyai peranan dalam masyarakat."
~kemudian barulah tampil tokoh-tokoh mahasiswa mengambil bahagian dalam perbincangan isu.

"Oo..PTPTN ada riba rupanya."
~kemudian muncul perbahasan mengenai riba yang dikenakan

"Oo..pilihanraya kita tak telus rupanya."
~kemudian baru diwujudkan jawatankuasa untuk memBERSIHkan sistem yang ada

debat dan demo..
kedua-duanya ada peranan tersendiri dalam penyelesaian sesuatu isu
cuma ia hanyalah alat untuk mencapai matlamat
usah dijadikannya matlamat

debat dan demo bukanlah hanya satu-satunya cara yang ada
tetapi adalah salah satu cara yang ada
sila gunakan cara yang ada dengan bijak

selamat memBERSIHkan Malaysia kawan-kawan ^_^


No comments:

Post a Comment