Sunday, April 22, 2012

jikalau mereka tak bijak berbahasa...

Pernah tak berada di dalam situasi macam ni?

"Man..kaki aku sakit la..kenapa eh? tadi doktor cakap tisu koyak..boleh terangkan sikit tak?" Haris bertanya kepada Aiman yang merupakan pelajar perubatan.

"Err..aku rasa, Anterior Cruciate Ligament ko koyak la, sebab tu kaki ko tak leh bend..boleh jadi jugak ko punya medial meniscus ko pun ada masalah." Aiman agak ralat mencari ayat.

"Amende tu man? cakap la bahasa melayu.." Haris semakin pening.

"Alamak..."

Bahasa amat penting dalam kehidupan, bahasa juga menjadi kompenen utama dalam penyampaian ilmu kepada masyarakat.

Akan tetapi..
ramai yang meremehkan.

Kita lebih suka menggunakan istilah-istilah berbelit yang terdapat dalam buku pelajaran kita berbanding mencari bahasa yang lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat. Penggunaan istilah-itstilah khusus ini atau lebih dikenali sebagai jargon ini sepatutnya dielakkan dalam penerangan sesuatu ilmu kepada masyarakat umum.

Situasi ini tidak sahaja berlaku di kalangan penuntut ilmu profesional, akan tetapi turut berlaku pada golongan asatizah.

Apabila berbicara, mereka tidak lari dengan perkataan-perkataan arab yang mungkin bagi mereka ianya normal, tetapi hakikatnya cukup asing pada pendengaran masyarakat di kampung.

Kesannya, ramai yang tidak memahami dan merasakan ilmu agama itu sukar dan rumit. Akhirnya, mula mengasingkan agama dan kehidupan.

Adakala kita turut sama mendengar ada yang mengatakan bahawa dia akan kelihatan tidak bijak jikalau  menggunakan bahasa melayu.

Realitinya, mereka bukan sahaja mula kelihatan tidak bijak apabila berbahasa melayu. Tetapi, sebaik sahaja mereka tidak mampu berbahasa melayu itu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa tidak bijaksananya mereka. Kerana mereka lahir di bumi yang menggunakan bahasa ini.

Ramai yang menggunakan ayat diatas apabila mereka ingin lari daripada kenyataan bahawa mereka tidak mampu berbahasa dengan baik. Mungkin bagi mereka adalah sesuatu yang bijak apabila dapat menyebutkan ribuan istilah pelik yang jarang didengar, tetapi agak malang apabila ucapannya gagal menyampaikan mesejnya yang sebenar.

Jadi sahabatku, disamping kita mempelajari bidang ilmu pengkhususan kita. Jangan lupa untuk mendalami kaedah dan bahasa terbaik untuk menerangkan kembali ilmu tersebut kepada masyarakat..


Mereka yang bijak adalah mereka yang dapat meleraikan sesuatu yang rumit kepada yang mudah difahami oleh orang umum

No comments:

Post a Comment