^_^
mesti pelik baca tajuk ni kan?
alang-alang tengah tunggu program ribat BKAWM, terfikir mengenai situasi dan sikap ana dan kawan-kawan dalam menghadapi peperiksaan.
ada yang gelisah
ada yang tidak sabar
ada yang tidak tahu menahu apa-apa..
macam-macam ragam ada
dalam menghampiri tarikh peperiksaan ini kita akan dapat lihat ramai yang mula menukarkan dirinya menjadi "malaikat imtihan". macam tukar jadi ultraman..hehe~
tak salah menjadi baik..dan ia adalah fitrah manusia untuk kembali kepada Allah di dalam kesusahan.
maka..jikalau anda adalah diantara yang termasuk ke dalam barisan "malaikat imtihan" ini, janganlah kecil hati jikalau ada yang memperli perubahan sikap kalian, kerana anda adalah manusia normal yang mengikut fitrah diri
ana menulis post ini bukan nak mengulas fenomena "malaikat imtihan"..tapi ingin mengenengahkan penyakit yang sebahagian rakan-rakan kita (atau mungkin kita sendiri) menghidapinya.
di kala para malaikat imtihan sudah bahagia berada di dalam suasana pembelajaran dan ibadah yang mengasyikkan..telah diizinkan oleh Allah untuk terbuka hati untuk belajar dan dekat kepadanya.
tubuh mereka yang sebelum ini berat untuk beribadah dan belajar menjadi ringan dan senang hati..
tetapi ada segelintir golongan yang tersangkut..tidak mampu merubah diri untuk bertindak menyelamatkan dirinya daripada terus lesu, tidak berdaya menyelak helaian buku pelajaran.
malah ada yang lebih kasihan...sehingga ada yang semakin mendekati tarikh peperiksaan, diri mereka makin jauh dari tuhan. Sudahla belajar tidak berdaya, hubungan dengan tuhan pula semakin tunggang langgang.
"golongan yang tersangkut" inilah yang perlu kita beri perhatian dan bantu mereka.
mereka sedar mereka perlu berubah untuk berjaya..tetapi banyak perkara tiba-tiba muncul dan menyibukkan diri mereka dengan urusan yang tidak berkenaan..
antara mereka ada yang punyai masalah kewangan yang serius
mereka tidak berdaya mencari makanan harian mereka sendiri..apatah lagi tambang untuk ke kelas
antara mereka ada yang punyai lambakan kerja yang masih belum selesai dari dahulu
mereka sedar..tapi tubuh mereka tidak mampu digerakkan pada waktu yang sepatutnya
minda mereka tersekat dan berbelah bahagi antara tuntutan kerja dan belajar
antara mereka ada yang terus bergelumang dengan maksiat
mereka sedar perbuatan itu salah
tetapi diri mereka terus menerus melakukannya seperti sudah menjadi rutin harian
peringatan yang muncul..berlalu begitu sahaja
diri mereka terus lemah dan lemah..
antara mereka ada yang hidup tunggang langgang
jadual tidur dan hidup sudah terbalik
siang disangka malam
malam dirasakan siang
antara mereka ..ada yang tumpas dengan pesona hiburan
video game sana sini
koleksi movie bertambah tanpa diminta
masa mereka dicuri dan terus dicuri
mereka sedar...tapi mereka tidak kuat
kenapa ana tulis mengenai golongan ini?
semuanya tidak lain dan tidak bukan adalah agar kita sedar dan mengambil berat kebajikan rakan-rakan kita.
boleh jadi rakan-rakan kita adalah antara mereka yang tersangkut
mereka sedar dan tahu mereka perlu berubah
tetapi tubuh mereka tidak mahu menurut
seperti sudah liat
kerana setahun suntuk tidak dilentur untuk menjaga disiplin ilmu
tidak manis untuk kita selaku rakan membiarkan mereka sebegitu
mungkin benar mereka pemalas dan tidak ke kelas sebelum ini
tetapi itu bukan alasan untuk kita memilih mad'u
boleh jadi bertitik tolak dari kesedaran yang dicetus dari pertolongan kita itu akan menjadikan mereka seorang individu yang berjaya kelak
No comments:
Post a Comment