Wednesday, May 2, 2012

benci pelaku atau perilaku?

       Dalam sebuah kampung, terdapat tiga orang teman. Teman yang pertama bernama Bon, teman yang kedua bernama Apis dan teman yang ketiga bernama Ah Seng. Mereka berkawan baik dari kecil hingga dewasa.

        Di alam dewasa, mereka melalui pelbagai pengalaman dan kadang-kadang tersungkur ke dunia kesilapan. Bon bekerja sebagai pegawai kerajaan dan sering mengambil rasuah, kisah korupsinya telah diketahui oleh kedua temannya dan dia akhirnya digelar BonGOK seterusnya dibenci oleh teman-temannya.

         Akan tetapi, bukan hanya Bon sahaja yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, Apis dan Ah Seng juga begitu. Suatu hari, semasa Apis sedang asyik mengutuk belakang Bon di hadapan rakan-rakannya di sebuah warung, ditakdirkan pula Apis berada di situ dan mendengar umpatan tersebut. Bon dan Apis mula bergaduh besar dan masing-masing terus menerus mengeluarkan aib temannya yang lain. Apis aibkan Bon, Bon aibkan Apis.

         Sejak itu, Apis pula mendapat gelaran untuk dirinya. Orang kampung menggelar dirinya ABising kerana suka mengata orang lain. Bagaimana pula dengan Ah Seng? Ah Seng bahagia dengan hidupnya sebagai petani. Tetapi, pada suatu hari koleksi majalah lucahnya telah dijumpai oleh Bon sewaktu meziarahi rumah Ah Seng, kerana cukup marah dengan tindakan tidak bermoral Ah Seng lantas Bon menggelar Ah Seng sebagai Ah Sex. Hati Bon lega bila dapat memberi gelaran buruk sedemikian kepada teman-temannya yang pernah memberi gelaran kepadanya dahulu.

        ??

        Tok ilman nak cerita apa sebenarnya? (haha..)

Begini..ana sebenarnya nak sentuh berkenaan dengan tabiat kita yang sangat suka menggelar-gelarkan seseorang yang melakukan kesilapan.

Macam kisah di atas. Bon digelar BonGOK, Apis digelar ABising manakala Ah Seng digelar..err..tak perlu rasanya ana sebut sekali lagi.

Walaupun kisah di atas rekaan, tetapi itulah realiti yang ada sekarang.

Baiklah ana bertanya kepada kalian semua. Apa maknanya apabila kita sudah menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk?

Adakah kita masih lagi boleh mengatakan bahawa kita sedang membenci perilakunya bukan dirinya?
Ana berani jamin tidak!

Sedangkan kita dtuntut untuk hanya membenci tindakannya bukan kepada drinya. Kerana mungkin dia  tersilap dan dirinya masih mampu untuk dibentuk menjadi lebih bernilai di sisi Islam.

Tetapi kita hanya bijak bercakap..tapi tindakan kita membelakangi kita. Kerana benci, semua boleh jadi..gelaran buruk sana sini bermain di bibir masyarakat.

Bila sudah diwujudkan gelaran, ianya direka supaya mengaibkan seseorang itu, supaya seseorang itu menjadi seolah-olah sinonim dengan perlakuan buruk di pandangan masyarakat.

Jika benar kita berpegang dengan prinsp tidak membenci pelaku tetapi benci kepada perilaku. Maka mengapa kita menyemai kebencian pada nama individu tersebut? Cukuplah ana kira untuk kita hanya menyatakan pendirian tegas dan bantahan kepada tindakannya. Mengapa perlu dicaci namanya?

Jika anda melakukan kesilapan, adakah anda rasa dengan mudah anda dapat menerima teguran daripada mereka yang memburukkan nama anda? Sudah pasti sukar..

Bawalah rahmat dalam dakwahmu..tiket dakwah tidak mengizinkan kita berlaku sewenang-wenangnya pada maruah pelaku kesilapan.



Jangan pandang mereka yang melakukan kesilapan dengan pandangan seolah melihat sampah tanpa harapan. Sebaliknya pandanglah dengan benar-benar sayang dan percaya mereka mampu berubah.

1 comment: