Saturday, May 5, 2012

yang dikejar tak dapat, yang dikendong..?

yang dikejar tak dapat, yang dikendong..?

(haha)
sambung sendiri peribahasa tu.

mana mungkin pohon boleh bergoncang, andai tiada angin yang bertiup deras,
begitu jugalah peribahasa tersebut yang direka kerana sikap manusia itu sendiri..

boleh jadi kerana tamak..
atau
boleh jadi juga kerana tidak fokus
atau...
tidak pandai menilai keutamaan....?

haih..manusia oh manusia (geleng kepala)
*termasuklah ana sekali

jom kita imbas sejenak kehidupan seharian kita..(kalau anda pernah lakukan,sila geleng kepala)

ada ketika..
apabila jemaah subuh makin berkurangan dan isunya semakin diperkatakan,
maka kita berusaha untuk memastikan diri kita muncul di karpet musolla di kala subuh,

berbagai-bagai cara..
ada yang tidur awal...kunci jam...

tetapi ada juga yang tidak mahu tidur malam, kerana mahu meletakkan dirinya di dalam kelompok mereka yang "bangkit SUBUH"

aish..kesannya...
lepas subuh terus terlelap
dan tidur membawa hingga ke petang..
boleh jadi hingga ke malam...
hilang peluang menunaikan solat-solat fardhu yang lain (geleng-geleng kepala)

ada ketika...
kita terlalu sibuk membicarakan tentang pernikahan,

"aku nak isteri aku macam itu..macam ini."

"haish...bagusnya kalau ada orang tolong jaga makan minum."

sehingga kita terlupa mereka yang telah pun bersama-sama kita
keluarga kita
rakan-rakan kita
ahli rumah kita

mereka ini juga perlu diberi perhatian..
tetapi fikiran kita hanyut mencari si pemilik sayap kiri
hingga sayap kanan patah cedera tidak diubati (geleng-geleng kepala)

ada ketika...
kita terlalu semangat membicarakan tentang pendirian dan pegangan kita
tidak mahu beralah walau sesaat...dirasakan kebenaran tidak sepatutnya diam
maka terus-menerus bercerita dan berceloteh hingga lupa ukhuwah yang dibina

"ahh..parti pilihan kau ni semuanya korup belaka!"

"apahal polis tu langgar orang?! polis semuanya ......... (dialog terpaksa dibuang-18SG)"

hingga terguris hati kawan yang mendengarnya
jangan kerana perkara cabang kita berbalah sehingga persahabatan yang dibina hancur begitu sahaja

benar,perlu berkata benar meskipun pahit
tetapi cukuplah sekadar mengatakan perkara yang benar dan perlu sahaja
tak usahlah nak tambah cacian dan makian bagi setiap perkataan benar tersebut

haih...sudahlah ukhuwah putus..mad'u pun lari (geleng-geleng kepala)

banyak lagi sebenarnya kisah-kisah yang sepadan dengan peribahasa di atas.
yang penting kita masing-masing perlu muhasabah diri baik-baik..

bertindaklah dengan bijak
semoga Allah merahmati kita

No comments:

Post a Comment