1.
UN Partition Plan 1947
i) PBB membahagikan tanah
Palestin dengan nisbah 56:44; bangsa Yahudi diberikan 56% manakala
Arab-Palestin diberikan hanya 44%.
ii) Pelan ini tidak dipersetujui
oleh negara-negara Arab.
iii) Zionis-Yahudi telah
memanfaatkan pelan ini dengan mengisytiharkan penubuhan negara haram Israel
berdasarkan persempadanan yang ditentukan oleh PBB tersebut selepas pengunduran
penguasaan British pada 14 Mei 1948.
2.
Resolusi PBB 194
i) Rentetan daripada peperangan
Arab-Israel 1948 yang tercetus sehari selepas pengistiharan negara haram
Israel, dianggarkan seramai 700,000 penduduk asal Palestin telah diusir keluar
daripada penempatan mereka dan seterusnya menjadi perlarian di negara jiran.
PBB telah mengeluarkan resolusi 194 yang menyatakan bahawa perlarian yang diusir
keluar perlulah diberikan hak mereka untuk pulang ke tanah asal dan ganti rugi
perlu diberikan kepada mana-mana mangsa perlarian yang memilih untuk tidak mahu
kembali semula.
ii) Negara haram Israel bertindak
tidak mahu mematuhi resolusi tersebut kerana mereka menyatakan bahawa perlarian
tersebut bukan diusir oleh mereka; tetapi penduduk Palestin itu telah melarikan
diri atas arahan pimpinan negara Arab ketika itu. Berdasarkan hujah tersebut,
mereka mendakwa resolusi tersebut tidak terpakai pada mereka.
3.
Resolusi PBB 242
i) Pada tahun 1967, berlaku
peperangan diantara tiga negara Arab (Jordan, Mesir dan Syria) dan Israel.
Negara arab telah mengalami kekalahan yang teruk dan wilayah Gaza, Tebing Barat
dan Bukit Golan terlepas ke tangan musuh.
ii) PBB telah meluluskan resolusi
242 yang bertujuan meminta untuk Israel berundur daripada penguasaan kawasan
yang diperolehi melalui peperangan tersebut. Dukacitanya, sekali lagi Israel
menafikan keperluannya untuk mematuhi resolusi tersebut berikutan dakwaan bahawa
kawasan tersebut bukanlah tanah yang berdaulat dan mempunyai pentadbiran rasmi,
justeru mereka mendakwa mereka tidak tertakluk dengan resolusi tersebut.
4.
Perjanjian Camp David 1979
i) Lanjutan daripada peperangan
Arab-Israel 1973, Mesir telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel
melalui pihak ketiga (Amerika Syarikat). Mesir merupakan negara Arab yang
pertama mengadakan perjanjian seterusnya secara tidak langsung telah
mengiktiraf status Israel sebagai sebuah negara yang sah.
ii) Berikutan daripada perjanjian
ini, Mesir menjadi negara Arab pertama yang menghentikan aktiviti boikot Israel
yang telah dimulakan oleh Liga Arab bermula seawal daripada tahun 1945.
5.
Perjanjian Oslo 1993
i) Pada tahun 1987, telah
tercetus Intifadha yang pertama dari kalangan Arab-Palestin yang tinggal di
kawasan penaklukan Israel. Penentangan ini belanjutan sehingga tahun 1993
dengan termeterainya Perjanjian Oslo.
ii) Pada ketika itu, Israel dan
Amerika Syarikat menyedari bahawa tindakan mereka untuk tidak mengiktiraf
Palestine Liberation Organisation (PLO) yang diketuai oleh Yaser Arafat
hanyalah merugikan mereka apabila penduduk asal Palestin mula beralih arah
jalan juang mereka dan tidak lagi memihak kepada PLO yang dilihat sudah semakin
sederhana pandangan politik mereka. Di atas kesedaran tersebut, Amerika
Syarikat telah mengusahakan agar pengiktirafan diberikan kepada PLO dan
seterusnya diadakan perjanjian dengannya bagi mencapai solusi dua-negara.
iii) Lanjutan daripada Perjanjian
Oslo tersebut, pilihanraya telah diadakan di Gaza dan Tebing Barat (merujuk
kepada persempadanan sebelum peperangan 1967). Pilihanraya tersebut telah
dimenangi oleh Fatah.
6. Pelan
Damai Arab 2002
i) Semasa Persidangan Liga Arab
di Beirut pada tahun 2002, sebuah pelan damai yang dicadangkan oleh kerajaan
Arab Saudi telah dipersetujui oleh anggota persidangan.
ii) Pelan damai tersebut
terkandung beberapa perkara; antaranya:
a.
Pengiktirafan negara Israel
b. Perjanjian
damai dan pemulihan hubungan antara negara Arab-Israel
c. Pengunduran
semua penempatan tentera mahupun rakyat Israel daripada kawasan milik Palestin
(menurut persempadanan sebelum perang 1967)
d.
Pengembalian hak kepada mangsa perlarian sebagaimana yang termaktub di dalam
Resolusi 194
e. Penubuhan negara Palestin yang merdeka di tanah Gaza dan Tebing
Barat; manakala Timur Jurusalem dijadikan pusat pentadbirannya.
iii) Walaubagaimanapun proposal
pelan damai ini tidak dihiraukan oleh kerajaan Israel.
7. Road map 2002
i) Amerika Syarikat di bawah
pentadbiran Bush telah mengusahakan pelan damai yang dinamakan sebagai Road
Map. Pelan ini dirangka dengan bantuan dan pantauan daripada empat kuasa besar
dunia iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Russia dan PBB.
ii) Pelan ini ditangguhkan
perlaksanaannya selama setahun bagi memberikan laluan kepada pilihanraya Israel
agar Ariel Sharon dan Parti Likud dapat memegang tampuk kekuasaan negara.
iii) Disebabkan beberapa isu
keselamatan dan kekacauan yang timbul, pelan damai ini terhenti.
iv) Melihatkan kepada
permasalahan yang dihadapi untuk meneruskan pelan damai ini, Ariel Sharon
beranggapan bahawa adalah sukar untuk mengekalkan status negara Israel sebagai
negara buat bangsa yahudi dan di dalam masa yang sama masih cuba mengawal
jutaan rakyat Palestin di luar kawasan Israel. Maka, Sharon memutuskan untuk
mengundurkan semua tenteranya daripada wilayah Gaza pada tahun 2005.
8.
Perjanjian sulit Olmert-Abbas 2006
i) Pada Januari 2006, Ariel
Sharon menghidapi strok dan seterusnya koma selama 8 tahun. Posisinya sebagai
Perdana Menteri telah digantikan oleh Ehud Olmert.
ii) Bermula daripada Disember
2006 sehinggalah pada September 2008, Olmert telah mengadakan beberapa siri
rundingan bersama Mahmoud Abbas (Presiden Palestinian Authority) secara rahsia.
iii) Pada tahun 2011, isi kandungan
rundingan tersebut telah tersebar kepada awam. Berdasarkan rundingan tersebut,
mereka menyetujui untuk menghentikan aktiviti ketenteraan di negara Palestin,
memposisikan tentera pengaman daripada Amerika di sempadan Palestin-Israel,
berkongsi Jurusalem dan membenarkan 10,000 mangsa perlarian Palestin untuk
pulang ke tanah asal dan akan membayar ganti rugi kepada mangsa yang berbaki.
iv) Walaubagaimanapun, rundingan
ini terhenti dan tidak diteruskan apabila Benyamin Netanyahu telah memenangi
pilihanraya seterusnya menggantikan Olmert. Netanyahu tidak berminat untuk
meneruskan rundingan yang telah diteruskan oleh Olmert dan Abbas.
9)
Perjanjian Doha: Fatah-Hamas 2012
i) Selepas kemenangan Hamas di
dalam pilihanraya pada tahun 2006, telah berlaku beberapa konflik yang
menyebabkan pada hari ini pentadbiran Gaza dan Tebing Barat terpisah.
Ketegangan antara Hamas dan Fatah telah berlanjutan sehinggalah pada tahun 2012
diusahakan pendamaian melalui perantaraan Qatar sebagai pihak ketiga.
ii) Israel telah mengutuk dan
mengancam penglibatan Fatah di dalam proses damai yang bertujuan untuk
membentuk kerajaan perpaduan ini.
10)
Perjanjian Gaza: Fatah-Hamas 2014
i) Perjanjian ini merupakan
lanjutan daripada perjanjian yang dibuat di Doha dan Kaherah.
ii) Isi kandungan persetujuan ini
menetapkan proses penubuhan kerajaan perpaduan dan menyatakan bahawa
pilihanraya parlimen dan presiden perlu dibuat dalam tempoh enam bulan selepas
perjanjian dimeterai.
Penutup
Selain daripada siri rundingan
yang disenaraikan di atas, terdapat banyak lagi cadangan, pandangan dan usaha yang
pernah diutarakan dan dijayakan oleh pelbagai pihak dalam usaha menyelesaikan
konflik Palestin-Israel. Walaupun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa
bangsa Yahudi sukar berpegang pada janji apatah lagi untuk mengekalkan keamanan
di dalam tempoh yang panjang.
Penulisan ini adalah untuk
memudahkan pembaca bagi mendapatkan gambaran secara ringkas terhadap siri-siri
usaha yang pernah cuba dibuat oleh pelbagai pihak bermula daripada 1947 sehingga
2014 supaya kita dapat memahami dimanakah kedudukan kita pada hari ini dan
apakah yang sewajarnya kita lakukan bagi menyambung perjuangan terdahulu
disamping berhati-hati agar tidak termasuk ke dalam gaung kesilapan sekali
lagi.
Rujukan:
1. Palestine, Israel and the
Arab-Israeli Conflict: A Primer; Joel Beinin & Lisa Hajar (Middle East
Research & Information Project)
2. Timeline of the Arab-Israeli
Conflict and Peace Process (Icsresources)
No comments:
Post a Comment