Friday, June 29, 2012

kenapa mesti "tok ilman"?

Selamat hari jumaat semua.

Kali ini, tok tak ada nak cerita perihal yang berat-berat. Bukan cerita politik, bukan juga isu semasa dan bukan juga sesi tazkirah pendek. (haha)

Hari ini, sekadar ingin bercerita mengenai 'Tok Ilman." (?)
Sebelum ini ramai bertanya: "Kenapa pakai nick-name tok ilman? kat kartun, Fb..tup tup..blog pun tok ilman?"

Baiklah..
Amaran: Post kali ini bukanlah post ilmiah. Jikalau tidak berminat mengetahuinya, sila jangan baca.

Pada mulanya, sekadar mencari nick-name untuk letak kat komik.
cari punya cari..fikir punya fikir. Terhasillah 'tok ilman.'

Ana nak gunakan suatu nama samaran yang menggambarkan diri ana. Ok, 'Ilman' memang nama ana, cuma terbitnya idea nak guna 'tok' sebab secara peribadi ana rasakan ana seperti orang retro sikit. (haha)

Ana minat lagu lama..
minat kereta klasik..
suka baca apa yang orang tua baca..
entahlah..senang cerita, citarasa ana macam orang lama-lama or..org tua.

Kebetulan, antara sumber inspirasi ana adalah atuk ana.
Ana sangat sayang dan hormat atuk ana, beliaulah yang menerapkan pelbagai nilai positif dalam diri ini sehinggalah ana menjadi 'tok ilman'. (?)

Maka, ana meletakkan perkataan 'tok' di hadapan nama ana, supaya ana menginspirasikan diri (cewah) agar berfikiran matang seperti atuk ana dan golongan veteren yang lain.

Kalian nak tahu tak cita-cita ana..cuba teka...
Ana bercita-cita ingin menjadi Geriatrician, pakar perubatan bagi golongan emas. Sebabnya..suatu hari nanti, semua orang yang kita kenal dan sayang pada hari ini akan menjadi tua. Mereka memerlukan penjagaan dan rawatan yang berbeza daripada insan biasa yang sihat. So..ana berazam ingin menjadi salah seorang yang dapat menjaga golongan emas ini..terutama mak ayah ana sendiri. Doakan ya.

Yang terakhir..
Ana suka ingatkan diri, bahawa umur ini singkat.
biar ana merasa bahawa diri ini sudah menjadi 'atuk' dan punyai pelbagai tanggungjawab.
mengingatkan diri akan kematian adalah motivasi terbaik bagi ana.

Sampai di sini sahajalah..
semoga selepas ini, tiada lagi yang akan bertanya kenapa ana menggunakan perkataan 'tok' di hadapan nama ana.

Ana tok ilman.
Selamat berkenalan ^_^

Thursday, June 28, 2012

Exam: Anda menulis, mereka juga menulis.

Pernah tak rasa menyesal apabila tersedar sudah tersalah tulis jawapan selepas tamat exam?

"Alamak..macam mana aku boleh tersilap fakta ini. Sipi je lagi ni."

Biasa berlaku?
Satu situasi yang agak biasa bagi ana. Tapi, nak buat macam mana..yang telah kita tulis, kekal tercatit.

Masa kita kecil, kita sering diingatkan dan diceritakan mengenai malaikat di bahu kiri dan kanan kita. Ingat lagi? Mereka juga sentiasa mencatit.

Di dalam dewan peperiksaan. Semasa kita sedang menulis, mereka juga menulis.

Pernah tak agaknya kita pernah terfikir: "Oh tidak, di catatan buku amalanku telah bertambah satu lagi kesilapan aku, tidak!" ?

Ana pun jarang terfikir perkara tersebut. Mungkin juga ramai begitu.
Sebab ana lihat ramai yang lebih takutkan tersalah tulis pada kertas jawapan berbanding dengan tercatitnya satu lagi perilaku tidak jujur yang bakal ditayangkan di hari pembalasan kelak.

Toleh kanan,
ada yang memberi tiru.

Toleh kiri,
ada yang meniru.

Ana tahu, imtihan sudah pun selesai. Nasi sudah pun menjadi bubur yang hangit. Tidak mengapa, biarlah catitan ini menjadi peringatan pada musim peperiksaan yang seterusnya.

Ana sebenarnya kasihan bila mendengar sahabat lain yang merungut dengan budaya meniru ini.

"Benci la..kiri kanan tiru, dekat facebook bukan main islamik."

...

haih..

Sekarang adalah waktu hangat bagi politik di Mesir.
Alhamdulillah, Muhammad Mursi memenangi kerusi Presiden Mesir selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak.

Sewaktu pilihanraya Presiden berlangsung, ramai yang marah apabila mendengar khabaran bahawa Ahmed Syafiq menipu keputusan pilihanraya. Termasuklah mereka yang turut menipu di dalam keputusan imtihan mereka.

Mereka membenci ketidakadilan dan penipuan.
Tetapi mereka juga melakukan perkara yang sama..
aneh...bukankah sama?

Sejujurnya, ana tidak cemburu dengan mereka yang berjaya meniru tanpa ditangkap mahupun diberi jawapan oleh penjaga dewan peperiksaan..bukan cemburu yang mendorong ana menulis mengenai ini. Ini bukan soal ana risau markah ana seorang sangat rendah manakala yang lain cemerlang berlaka, tidak sama sekali. Ana tekad untuk menulis perkara ini kerana sayang dengan kalian supaya tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Kalian hebat-hebat berlaka,
punya ilmu tinggi,
petah berkata-kata..
dan punya semangat juang pada islam yang tinggi.

Tapi ana takut,
ana bimbang potensi kalian terhakis kerana dibiar sikap jijik ini melarat.

Isu Palestin hingga kini tidak pernah selesai,
ditambah pula isu Syria yang kian berdarah..kemudian kita dikejutkan pula dengan kes di Rohingnya.

Ana lihat kalian berkobar menyatakan sanggup berjuang dan menitiskan darah demi maruah agama dan keselamatan saudara seIslam kita di sana. Tapi ana bimbang kita sebenarnya masih lemah walau berhadapan pada nafsu sendiri.

Berjihad di medan perang,
adalah soal hidup dan mati..

dan ana percaya, kalian juga meletakkan keberadaan dan kelangsungan kalian di universiti juga adalah soal hidup dan mati, betul bukan?

"Oh..aku perlu naik tahun kalau tidak pinjaman aku akan ditarik..matilah aku kalau gagal. Mana nak cari USD 8000"

"Alamak..ana perlu dapat mumtaz, kalau tidak, mak tak bagi pulang ke Malaysia."

"Aku kena elakkan daripada kena retest paper, kalau tidak..tak dapat la balik Malaysia lama-lama. Rugi la duit tiket."

Tetapi, ramai yang hanya kerana perkara di atas..diri tumpas dari kecenderungan untuk meniru dan menipu. Belum soal hidup mati, kita terkulai..adakah kita percaya tubuh kita mampu bergerak ke hadapan jika di medan perang? Atau kita akan menyerah diri apabila ditangkap dan dengan mudah mengatakan: "Oh...darurat mengizinkan."

Sahabat-sahabatku,
janganlah ruangan jawapan kita penuh jawapan dan dalam masa yang sama ruangan catitan perbuatan dosa di buku amalan kita juga penuh dengan pertambahan catitan baru.

Usahlah...

Buku amalan kita akan dibawa naik,
bertaubatlah atas perkara yang sudah berlalu.






Thursday, May 24, 2012

Mendengar dengan Baik

Soalan untuk kali ini:
"Adakah anda merupakan pendengar yang baik?"

Macam biasa, soalan itu simpan dulu dalam poket doraemon anda.

Rasa-rasanya, macam mana ya untuk kita dapat menjadi pendengar yang baik?
kena ada telinga besar?
atau..
kena ada empat telinga?
(haha)

Ingin menjadi pemidato yang hebat itu mudah, tetapi untuk menjadi pendengar yang hebat itu ramai yang sukar untuk melaksanakannya.

Jika dilihat pada mereka yang berada di sekitar kita (atau lihat pada diri sendiri sudah memadai), mereka yang bijak berpidato dan sering membentangkan idea dan pendapat sering tidak berjaya untuk menjadi pendengar yang baik. (tidak maksudkan semua)

Situasi ini berlaku kerana untuk menjadi pendengar yang baik ia cukup berkait rapat dengan ego kita. Seringkali terjadi (kepada ana sendiri), apabila kita sering berjaya membuahkan pendapat yang bernas atau bijak menyusun kata-kata, kita akhirnya menjadi mereka yang merasakan dirinya adalah 'Mr.Right'.

Apabila ada orang lain yang berkata-kata, kita tidak mudah untuk menerima kata-kata mereka, lebih-lebih lagi sekiranya yang berkata itu adalah mereka yang lebih muda atau penampilan mereka tidak semegah mana.

Kegagalan untuk menjadi pendengar yang baik adalah sesuatu yang bakal merosakkan diri kita. Kita akan menjadi mereka yang mempunyai pemikiran yang sempit, otak tepu dengan teori sendiri dan mudah bersangka buruk.

Maka, mari kita cuba perbaiki diri kita agar dapat menjadi pendengar yang baik mulai saat ini.

1. Nasihat


Hari-hari kita mesti tak terlepas daripada menerima nasihat kan?
kalau tak..kena cek balik jadual kehidupan kita.
sekurang-kurangnya pasti ada mendengar tazkirah di Masjid mahupun daripada kawan-kawan.

Sekiranya kita masih lagi mengungkapkan kata-kata seperti:

"Alaa..den dah dongar dah bondo ni, maleh la nak dongar balek."

atau,
"Buruk bonar la bahaso yang dio guno, baik den dongar ceramah ustaz lain."

Maka, itu bermaksud kita masih belum lagi menjadi pendengar yang baik dalam menerima nasihat.
Seperti yang pernah ana nyatakan sebelum ini, berkenaan dengan bahasa atau kaedah percakapan yang digunakan oleh mereka yang memberi nasihat itu adalah perihal mereka, yang paling utama di sini adalah bagaimana cara kita untuk mengambil manfaat di dalam nasihat tersebut.

Nasihat tidak semestinya perkara yang baru. Ia adalah untuk mengingatkan kita kembali supaya sentiasa berada di landasan yang benar. Sekiranya kita tidak pernah cuba mengubah diri kita setelah mendengar sesetengah nasihat, mengapa ingin berasa pelik sekiranya kita akan mendapat nasihat yang sama dan berulang pada masa akan datang.

Sekiranya ada yang menyampaikan nasihat, dengarlah dengan baik dan cuba fahami isi yang disampaikan. Jangan bazirkan masa melihat kepada bahasa mereka mahupun perilaku mereka, tetapi fokuskan diri pada perkara yang ingin cuba disampaikan.

"Jangan melihat kepada orang yang sedang memberi nasihat, tetapi lihatlah kepada nasihat yang sedang diberikan" 


2. Idea

Semasa di dalam mesyuarat mahupun luar mesyuarat, seringkali akan berlaku percanggahan idea.


"Kita patut bela gajah." Tuan Presiden memberikan cadangannya.

"Hei, kita patut bela Zirafah!"
Balas pak guard Zoo tanda tidak setuju dengan idea Tuan Presiden.

"Saya kata gajah!!"

"Tak..kami nak Zirafah!"

Ok.ok dialog di atas menipu besar (haha).
tapi ini realiti yang ada dalam kehidupan kita.

Semasa sedang berbincang, pasti akan ada idea yang matang dan idea yang pra-matang (what!?).
Dalam masa yang sama, akan ada juga idea yang bertentangan dengan idea yang dicadangkan oleh kita.

Maka, disini ada dua situasi:

a) Berhadapan dengan idea yang tidak matang dan tidak praktikal.

Seringkali kita melihat mereka yang menyuarakan idea jenis ini akan dihentam oleh ahli mesyuarat, samada mesyuarat agung mahupun mesyuarat tingkap peringkat setinggan blok A.

Idea tersebut diketawakan.
dan
Idea tersebut dibuang tanpa recycle (haha).

Cuba fikir sebentar..apa agaknya kesan buruk terhadap perbuatan kita?

Mereka yang muda dan mempunyai potensi besar ini akan mula menjauhkan diri daripada sebarang bentuk perbicangan dan mereka akan menjadi semakin malas untuk mengeluarkan sebarang idea mahupun pendapat.

Lebih malang lagi sekiranya mereka juga sudah berputus asa untuk berfikir dengan mendalam untuk sesuatu isu.."Ahh..biarlah 'diorang'-'diorang' sahaja yang fikirkan."

Jadi..meskipun idea tersebut tidak praktikal dan sebagainya, jangan tolak dengan drastik..dengar dengan baik terlebih dahulu dan kemudian nyatakan sebab apa tidak mungkin terlaksana idea tersebut. Jangan lupa juga untuk berterima kasih kepada mereka yang telah sudi menyumbangkan idea meskipun idea tersebut 'pelik' atau tidak matang.

b) Berhadapan dengan idea yang bertentangan dengan pendapat diri sendiri.

Pertama sekali, perlu semat elok-elok, kemas-kemas kat dalam hati kita bahawa tidak semua yang datang dari diri kita adalah benar belaka.

Idea mahupun buah fikiran kita terbentuk daripada pengalaman dan pembacaan kita yang lepas. Boleh jadi, mereka yang bertentangan dengan idea kita mengetahui perkara yang kita tidak ketahui, dan boleh jadi mereka ini nampak mudharat yang boleh timbul daripada perlaksanaan idea kita.

Maka..jangan cepat melatah.
dengar dahulu.
baru berbicara semula.

Seterusnya, kita perlu fahami kedudukan perbincangan tersebut, sekiranya hanya perbicangan di warung kopi tanpa membawa kesan besar yang buruk terhadap sesuatu, maka ada masa kita hanya perlu mendengar sahaja tanpa membalas sekiranya jika kita membalas semula bakal merosakkan ukhuwah sesama kita.

Hati-hati,
Risau sekiranya idea yang kita pertahankan itu mempunyai mudharat yang kita tak nampak manakala idea yang kita tentang dangan bersungguh-sungguh itu mempunyai manfaat yang kita tak nampak

Berbincanglah dengan baik dan berlapang dada terhadap sebarang keputusan.
"Jika ada ahli mesyuarat selain kita yang terlebih dahulu menyuarakan idea yang sama seperti dalam fikiran kita, maka bersyukurlah..bimbang sekiranya kita boleh berasa riak dengan idea tersebut.
Sekiranya idea yang dicadangkan oleh kita diterima, maka beristighfarlah dan berdoa kepada Allah agar tiada mudharat yang datang bersama idea tersebut. 
Sekiranya idea kita ditolak, bersyukurlah kerana idea kita terlepas dari dipertanggungjawabkan."

3. Luahan perasaan


Kadang-kadang ada masa, rakan kita akan datang menghampiri kita dan bercerita bermacam-macam kisah hidup mereka.

Hari Isnin, cerita cinta.
Hari Rabu, cerita bola.
Hari Jumaat, cerita buku.

Mereka meluahkan cerita, kerana mereka manusia,
dan mereka mencari anda, kerana anda rakan baik bagi mereka,

Ada masa, manusia perlu meluahkan segala apa yang terbuku dalam hati mereka, supaya hidup mereka jadi lebih tenteram. Kerana merasakan bahawa ada manusia lain yang mengetahui kisah hidup mereka dan memahami mereka.

Mereka akan mencari teman rapat mereka yang paling dipercayai untuk berkongsi suka dan duka. Bersyukurlah apabila ada teman yang ingin bercerita dengan anda, itu bermakna anda dipercayai oleh mereka.

Tips pertama:
-Jangan buat benda lain.

Dengar dengan baik,
dan respon jika perlu.

Tips kedua:
-Jangan ubah topik.

Biar dia bercerita sehingga kita jelas apa perkara yang sebenarnya dia ingin ceritakan.

Tips ketiga:
-Pandang wajah dia.

Elakkan bila dia sedang bercerita, kita pandang ke kanan, sekejap ke kiri. Tunjukkan keseriusan dalam mendengar luahan dia.

"Kawan yang baik akan mendengar dengan baik"

4. Pertanyaan

Ada ketika, ramai salah anggap sesetengah pertanyaan itu adalah kritikan.
contoh:
"Kenapa korang tak buat macam ni?"

atau
"Kenapa kempen ni tak ada aktiviti 'sekian-sekian'?"

Sedangkan, mereka benar-benar sedang bertanya, tetapi dijawab dengan kasar:

"Ahh..kau buatla sendiri!"

atau
"Kau tak jadi AJK boleh la cakap camtu."

(adoii..)
Jangan mudah-mudah menjawab dengan kasar.
Berikan jawapan seperti yang ditanya.

Kalau yang ditanya kenapa tidak ada aktiviti "sekian-sekian", maka kita jawablah mengikut situasi yang sebenar (tiada bajet/telah dipersetujui oleh mesyuarat/terdapat keutamaan lain dan sebagainya)

5. Berita

"Alaa..kau jangan dengar berita dari sumber ni, tak boleh percaya belaka."
Biasa dengar? (haha)

Jangan berat sebelah dan jangan bertindak zalim.
Dengar dan Percaya adalah dua perkara yang berlainan.

Yang paling utama, jangan hadkan sumber maklumat kita.
Tanpa maklumat yang menyeluruh, bagaimana kita ingin membuat pemerhatian dan kesimpulan yang adil terhadap sesuatu isu.

Dengar dahulu.
Percaya setelah menilai.
Jangan mudah-mudah menolak.

"Ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang ingin berkongsi maklumat dengan kita walaupun kita tidak mempercayai sumber berita tersebut, kerana dengan cara ini kita akan mengetahui corak pemikiran mereka dan di manakah salah faham itu mula wujud." 

6. Kritikan

Akhir sekali..mendengar kritikan dengan baik.

Benar, tidak semua orang yang menyampaikan kritikan dengan kata-kata yang baik mahupun dengan sopan. Kebanyakannya kasar, penuh dengan emosi dan lebih suka untuk memalukan di hadapan khalayak ramai.

Pada ketika inilah peluang untuk kita mendidik diri kita dan melihat sejauh mana tahap kesabaran kita.

Sabar..
Jangan mudah melenting.

Sebenarnya ana dah penat menulis, nak sambung belajar anatomy..
Kerana kemalasan dan kepenatan mencapai tahap yang membimbangkan, maka ana copy paste status FB ana yang lepas (woha!):

jarang ada yg terlepas daripada emosi dan mampu bercakap dengan kawalan akal yg waras.

biasa dengar org ckp cmni x?:

"kenapa dalam isu ni kau bising, dalam isu 'itu', 'ini', 'di sana' dan 'di sini' yg lain tu..patut kau perjuangkn jgak."

atau
"cukup baiklah aku da pakai tudung, kenapa nak sibuk2 tegur aku pakai ketat2"

atau
"alaa..engkau bukan baik sgt pun"

atau
"engkau tegur la dia tu,lagi teruk..kenapa nak attack aku pulak."

bila mendapat teguran, mereka mengelak dan cuba menukar isu..sedangkan tiada manfaat yg boleh diperolehi daripada dirinya sekiranya berdolak dalik sedemikian. cuba escape daripada tuduhan. adakah hanya mereka yg sgt 'teruk' shjakah yg perlu dinasihati..?weird

dan ada pula yg setelah menulis berjela2 status dgn penuh ayat tersirat tiba2 menafikan kata-katanya. dengan tiba2 menjadi seorang yg literalis

contoh pertama
"mana ada org ckp tu.kau je sangka buruk.muahaha."

contoh kedua
"sejak bila pula aku mention nama kau, aku just ckp 'katak bawah tempurung', kenapa kau nak terasa pulak?"

contoh ketiga
"aku cakap anjing xxx, kau anjing ke?"

yg paling menyedihkan apabila seseorang itu sentiasa dan suka untuk hidup dalam persepsi negatif, setiap kali ditegur dia akan kaitkan orang itu dengan sesuatu yg dia xsuka:

seprti dalam taksub kepartian:
"Kau sapa pula nak tegur orang,,dasar balaci xxxxx."

ataupun persepsi terhadap keturunan:
"dasar keturunan xxxxx, patutla mulut lancang"

senyap
jentik hati
tanya diri

baiklah..
kritikan untuk kebaikan kita.
meskipun ianya kasar, terima isinya, kulitnya jangan disimpan.

Sekiranya kritikan itu tidak berasas dan tidak benar,
jawablah dengan baik dan biar berfakta bukan emosi.

Tamat

(huh)
kesimpulannya sedikit sahaja sebenarnya,
sengaja tulis panjang-panjang..kan dah penat (hoho)

1. Mulakan mendengar dengan sangka baik.
2. Itu sahaja (haha)

Sengaja tulis semua ini,
supaya menjadi peringatan kepada diri sendiri kelak,

"Mendengar dengan baik adalah langkah awal untuk menjadi pemikir yang hebat"
 Baik..tanya semula kepada diri.
"Adakah aku pendengar yang baik?" ^_^

Sunday, May 20, 2012

Andai akulah pengemis itu

Kota kaherah tidak pernah sunyi dengan manusia.
ada sahaja manusia di sana-sini.

Ada peniaga
ada pejalan kaki
dan ada juga pengemis

Bukan lagi pemandangan yang luar biasa untuk melihat pengemis berjumpa dengan kita selang setiap sejam,
macam ada temu janji pula.

Pukul 1.00, si baju merah.
pukul 5.00, si baju hijau pula.
disebabkan keadaan itu ramai yang mengeluh..

"Ingat ayah aku masuk duit untuk dia ke?!!" pernah terdengar ada pelajar malaysia yang rimas hingga merungut sedemikian.

Pasukan peminta sedekah ini cukup bijak, mereka akan lebih menumpukan gerak kerja mereka pada pelajar Malaysia, sebab mereka tahu pelajar kita poket ber'isi' dan hati cepat cair.

Ada juga mereka yang daripada kalangan kita yang apabila terlihat kelibat peminta sedekah mula menghampiri, mereka akan berpakat beramai-ramai untuk tidak mahu melayan langsung peminta sedekah tersebut...hanya kerana alasan tidak mahu kawasan perumahan mereka menjadi tumpuan harian kepada peminta sedekah ini kelak.

Ada juga yang memberitahu bahawa mereka yang meminta sedekah ini ramai yang menipu, guna surat sakit yang sudah bertahun luput tarikh..guna kisah menyayat hati yang palsu dan banyak lagi. Atas sebab ini mereka tidak mahu mendermakan duit mereka walau sesen pun apabila diminta.

Macam-macam kan kehidupan ini..

Kerap kali juga ana terdengar ada yang memaki hamun dengan perkataan kesat. Menggelar mereka sebagai seorang yang pemalas kerana tidak mahu bekerja.

Yang tak reti bercakap arab, akan terus dengan modal emas lama dia:
 "Majnun!!" atau "Haram 'Alaik"

Tetapi kan...
pernah terfikir tak bagaimana agaknya kalau kitalah pengemis itu?

Antara peminta sedekah yang "ramai" rimas adalah dari golongan kanak-kanak,
dikatakan mereka gemar mengacau,
suka mengambil barangan orang
dan agak nakal sifatnya

Cuba bayangkan sejenak..

Kalaulah si kecil itu adalah kita..
kita lahir dalam keluarga yang sememangnya sangat miskin
sudah pasti tidak mampu untuk membiayai kos ke sekolah..
tambahan lagi keadaan negara yang tidak seimbang pertumbuhan ekonominya.
 
Apabila melihat rakan sebaya makan sedap-sedap, mesti kita juga teringin..
nak juga merasa apa itu aiskrim..
nak juga merasa apa itu gula-gula..
minta pada ibu, agak-agak kita boleh dapat tak?

Mesti agak mustahil..
sebab apa?
sebab tak ramai yang simpati untuk menghulurkan sedekah..

Kenapa tak nak kerja?
baiklah..cuba kalian lihat keadaan sekeliling..
adakah kita merasakan peluang pekerjaan itu mudah-mudah diperolehi..?

Mungkin akan ada yang cakap:
"hendak seribu daya, tak nak seribu dalih."

Tapi..
jangan kepala penuh dengan teori tanpa berpijak pada bumi..
bukan semua daripada mereka yang mengemis ini dapat berfikir dengan cara kita berfikir.
bukan semuanya sama seperti tokoh-tokoh yang dahulunya miskin hina kini jadi jutawan dinar kerana usaha gigih mereka..
tidak semua dapat berfikiran sebegitu.
bukan salah mereka jika minda mereka tidak berkembang dengan baik..

Meskipun mereka dapat berfikir untuk melakukan sesuatu seperti berniaga kecil-kecilan dan sebagainya, rasa-rasanya ada tak mereka yang hendak memberi sokongan dari segi kewangan..
tak ramai..

Pernah juga mendengar ada yang marah-marah kerana ada si miskin kecil mencuri kuih di restoran. Ada yang akan mengatakan si kecil itu jahat dan tak takut tuhan.

Ya..malah mungkin dia juga tak kenal tuhan.
apa tidaknya, hendak ke sekolah..segalanya perlukan duit..
sejak kecil, dihina, dicemuh tanpa dibimbing..salah siapa?

Kita hendak memberi kerja kepada mereka...kita bukan bos besar, hanya pelajar universiti
kita hendak memberi tunjuk ajar agama..cakap arab tunggang-langgang (referring to me)
apa lagi yang boleh kita bantu saudara seakidah kita?

Meskipun "dia" menipu, itu urusan antara dia dengan tuhan..
yang pasti dia berada dalam kesempitan..
mana mungkin orang hidup senang lenang bersama iPhone sanggup berjalan ke hulu dan ke hilir dalam panas untuk menagih simpati.entah dapat duit atau tidak..(sebab majoriti masyarakat buat andaian macam-macam)

Ana mengakui orang miskin muslim yang baik mereka tidak akan meminta-minta..
tapi adakah anda rasa mereka pernah mendengar ayat itu?
jangan mudah menghukum tanpa menilai..

Jadi..ringan-ringankan tangan untuk menderma..
jadikan ini peluang untuk melembutkan hati kita..
dan berdoalah agar Allah buka pintu kefahaman dan rezeki kepada mereka..

Sangat baik apabila kita menderma walaupun sikit tapi biar cukup untuk membeli makanan sekali makan yang boleh mengenyangkan mereka. Kalau LE.5 dapat la beli Qosyari Kibir..kalau beri LE.0.25, apa lah sangat yang dapat dibeli oleh mereka.


"Jika anda tidak mampu untuk memberikan 'joran' kepada 'mereka', janganlah sehingga tidak mahu memberikan 'ikan'."

Friday, May 18, 2012

Hidup untuk hidup


"Aiyoo..makan untuk hidup la, bukan hidup untuk makan."

Pernah tak kena tegur macam ni?
tapi kalau kita ajak dia makan sekali, nanti dia tak akan cakap apa-apa lagi dah..(haha)

Mesti dah biasa kena tegur macam tu kan?

kalau kita perhati perjalanan hidup kita baik-baik, bukan hanya makan sahaja yang kita lakukan untuk hidup.
cuba kita tanya secara rambang kepada diri kita:

Kenapa aku belajar?
"Sebab aku nak dapatkan hidup yang lebih baik pada masa depan."

Kenapa aku bersenam?
"Nak hidup sihat."

Kenapa aku bekerja?
"Perlukan duit untuk keperluan hidup."

Apabila diteliti...kita melakukan segalanya untuk hidup dan terus hidup..
Jadual harian kita disusun adalah untuk memastikan survival kehidupan kita.
Hidup kita adalah untuk hidup..

Walaupun ramai yang sedar dan separa sedar (baru bangun tidur) bahawa hidup ini adalah untuk pengabdian kepada Allah swt dan sebagai jambatan akhirat, tapi ramai yang tetap membataskan matlamat hidupnya adalah pada "untuk hidup".

kita makan,
kita bekerja,
kita berkawan,
semua itu adalah untuk menjadikan hidup kita menjadi lebih baik.

kerana apa perlu hidup?
apabila hanya kehidupan dunia sahaja yang dijadikan matlamat.
sebab untuk meninggikan syariat Allah swt di muka bumi ini.

tetapi kita sering menjadikan matlamat akhir kita hanyalah sekadar "untuk hidup".

sedarlah wahai saudara..
kita sebagai seorang muslim, hidup kita adalah lebih dari itu..

hidup kita bukan hanya untuk hidup
tapi hidup kita adalah untuk yang disana



apabila akhirat jadi destinasi akhirmu
pandangan mata hatimu akan lebih luas 


Thursday, May 17, 2012

Jujur pada dumbell mu

"Dalam fitness ni..kita tak boleh tipu diri sendiri."

"Bermaksud?"
Berkerut dahi junior ana cuba memahami apa yang ana cuba perbetulkan.


"Aku tengok kau silap cara biceps curl ni.."

"Kenapa?"

"Kena jujur..kalau buat biceps curl, angkat dumbell tu kena sampai ke bahu dan kemudian turunkan secara sederhana perlahan hingga ke bawah semula baru dikira satu repitasi yang sempurna. Jangan ghairah sangat nak kejar jumlah repitasi banyak, tapi kualiti perlaksanaan senaman teruk."

"Oh..baru faham. terima kasih bro."
Tiada lagi kerutan di dahinya, dia tersenyum sambil menepuk bahu ana.

Teringat kembali kisah sewaktu di sekolah dahulu.
kawan-kawan di sekeliling seronok dan sangat suka akan senaman yang dapat membina otot-otot di badan mereka.

Power twister..dumbell..barbell..hand gripper..dan pelbagai lagi koleksi alat senaman yang dibeli, hanyalah kerana minat yang mendalam dalam diri masing-masing.

Dalam melaksanakan senaman, ada yang terlalu ghairah mengejar jumlah repitasi sehingga mengabaikan kesempurnaan perlaksanaan. Sedangkan secara hakikatnya, dia masih lagi tidak mampu mengangkat 20kg, tapi dia memaksa dirinya dan kemudian berbangga dengan jumlah repitasi biceps curl sebanyak 10-12 kali yang dilakukan secara separuh angkatan dan tidak sempurna.

Tetapi kebiasaannya, situasi ini hanya berlaku pada mereka yang baru mula ingin berjinak-jinak dengan dunia dumbell dan barbell ni.

Secara peribadi, ana sangat kagum dengan disiplin dan kejujuran yang ditunjukkan oleh mereka yang menceburi bidang bina badan ini, kecil-kecilan mahupun secara professional.

Mereka laksanakan senaman yang mereka sendiri jadualkan.
tepat pada masanya..
tepat jumlah repitasinya..
kesempurnaan perlaksaan dijaga dengan sangat teliti..

Itu baru bercerita mengenai sewaktu melaksanakan senaman..
belum lagi lihat pada cara permakanan..
jumlah duit yang dibelanjakan..

Segalanya dilaksanakan dengan sukarela dan tanpa perlu disuruh sesiapa.

Dan yang hebatnya..walaupun bersendirian, mereka akan tetap melakukan dengan sempurna tanpa menipu diri sendiri. Hebat bukan?

Agak-agak..nampak tak apa yang boleh kita ambil pengajaran dalam memperbaiki kehidupan kita sekarang?

Tak nampak lagi..? (wadduhh..kenapa gini?)

Orait.. ^_^

Molek sungguh apabila kita dapat mendisiplinkan diri kerana mahukan tubuh kita tegap dan sasa.
tapi akan bertambah cantik lagi apabila kita turut sama dapat mengaplikasikan sikap yang sama dalam perlaksanaan ibadah harian kita.

( ?? )
Sebagai contoh..

Dapat menunaikan solat pada masanya..
solat dalam penuh kesedaran..
sentiasa menjaga dengan teliti setiap rukun solat..

Apabila membaca al-Quran pula,
menjaga dengan teliti cara sebutan sewaktu membaca al-Quran..
penuh penghayatan dan sentiasa cuba memahami maksudnya..
membaca dengan baik walaupun bersendiri..

Wah..(!!)
dah la tubuh gagah..
iman pun turut tegap dan kukuh sebab sentiasa dilatih dengan teliti dan penuh disiplin.

Haish..
tapi...secara realitinya, tidak ramai yang dapat berbuat sedemikian walaupun dia adalah seorang yang serius dalam perlaksanaan fitnessnya.

Kenapa?

Tanya diri sendiri
Jawapan ada pada diri anda..


Seronok tubuh muskular?
Tak kan tak seronok iman turut gagah?
biar seimbang bro ^_^


P/s: Dalam fitness boleh jujur..dalam perkara lain kenalah jujur juga. (senyum)






Wednesday, May 16, 2012

exam: disini dan disana

exam..exam
sekarang dalam musim peperiksaan
panas betul musim ni (haha)

kenapa ana masih tulis blog?
tak belajar ke?

aish..belajar itu mesti
cuma bila ada rasa nak berkongsi sesuatu, ana akan tulis apa yang ana nak kongsikan.
kalau tak dapat tulis kat blog atau facebook..ana sampaikan dalam tazkirah lepas solat..
risau lupa peringatan yang diperolehi.

rasa-rasanya dah masuk 3 post mengenai exam sahaja.
exam: golongan yang tersangkut...
exam: untuk dia..
dan yang sekarang ni exam: disini dan disana..

musim peperiksaan ni benar-benar membawa kita ke dalam satu dimensi kehidupan yang baru..
kita akan lihat ramai yang bertungkus-lumus menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan.

ada yang menjaga permakanannya
ada yang menjaga ibadahnya
ada yang mempertingkatkan pembacaannya
dan macam-macam lagi.

kenapa kita bersungguh-sungguh sedemikian rupa?

sebab..
kita tahu tarikhnya...kita sedar persediaan selepas tarikh tersebut sudah tak berguna

sebab..
kita tahu apa ganjaran yang akan kita dapat apabila mendapat keputusan cemerlang..
dapat balik malaysia..
dapat melancong ke benua eropah..
macam-macam la
dan kita yakin dan pasti akan ganjaran tersebut..

sebab..
kita tahu apa kesan buruk jikalau gagal dalam peperiksaan tersebut...
ulang tahun..
tajaan ditarik
kita takut...maka kita berusaha mengelakkan diri

itulah kita
bertindak atas apa yang kita percaya dan yakini

tapi..sedar atau tidak sedar..
ada satu lagi tarikh peperiksaan yang cukup besar untuk diri kita kelak
ada ganjaran yang lebih baik bagi mereka yang bersedia
dan ada juga pembalasan buruk bagi mereka yang mensia-siakan peluang yang ada..
cuma tarikh tersebut kita tidak ketahui..
tarikh apa?

tarikh kematian kita semua

sedarlah..
bahawa tidak ada lagi persediaan yang boleh dilakukan oleh kita lagi selepas tarikh tersebut..

lihatlah sebentar pada sekeliling kita..
bagaimana cara kita memastikan diri kita berjaya dalam peperiksaan yang sedang kita hadapi.
kita buat planner..
kita buat nota..
kita buat study group..
amalan ibadah pun berteraskan kecemerlangan peperiksaan..

sekarang tanya kembali pada diri ini..
adakah persediaan yang sama juga kita sediakan untuk menghadapi peperiksaan terbesar dan paling utama sekali kelak?

kalau dalam peperiksaan kita boleh buat study last minute sebab tahu tarikh dan waktunya.
tapi...
kalau peperiksaan yang satu lagi,,adakah kita yakin kita boleh lakukan perkara yang sama?

sematkan dalam diri
bahawa mati itu pasti

Tuesday, May 15, 2012

dosa booster or dosa multiplier ?

alhamdulillah baru habis exam oral dengan practical physio tadi..
jawapan setimpal usaha (wadoii)

kali ini nak sentuh mengenai dosa booster?
err...ke dosa multiplier..
ahh..persetankan semua itu (mood menggila selepas exam)

dalam kehidupan kita
tanpa kita sedari bahawa seringkali satu perbuatan yang tidak baik akan membawa kita kepada perbuatan yang tidak baik yang lain..
dan perbuatan yang baru itu pula akan membawa kepada perbuatan keji yang lain pula

menurut Tok Ilman's Law of Sins:
"permulaan satu perbuatan buruk akan mencetus kepada penghasilan perbuatan keji yang baru dan setiap perbuatan yang baru itu akan mengalami proses yang sama melainkan dihentikan dengan bertaubat"

(muahaha)

tak percaya?

dulu masa sampaikan ceramah dekat sekolah, ana ada sentuh salah satu contoh..
yang paling mudah nak tengok pada masa itu adalah pada nuqaba sekolah

ramai mereka yang dahulunya giat dalam berdakwah tumpas tergolek-golek hanya kerana satu sebab
COUPLE 

selepas mula bibit-bibit cinta..si pejuang agama akan mula segan nak meneruskan agenda tarbiahnya, semuanya hanyalah gara-gara ingin mengelakkan daripada dirinya dicap "cakap tak serupa bikin" dan semaksud dengannya.

dan sedikit demi sedikit dirinya akan cuba untuk menjauhkan diri dari jemaah yang baginya mengganggu privasi perhubungannya.

akhir cerita..
si pejuang agama yang malang itu sudah tiada lagi bersama dalam medan perjuangan.
contoh kisah ini merupakan antara kisah benar yang ana rasa tidak perlu untuk dinafikan..

antara cerekarama lain yang boleh dijadikan contoh juga ialah sikap segelintir daripada kita yang suka untuk ambil mudah perihal solat.

mula-mula jadi makmum masbuk..
(cam tak biasa je budak-budak sekolah asrama tunggu imam tahiyat akhir baru masuk solat..alasan: solat sendiri itu khusyuk)

secondly...mula solat lewat (dalam hati ada rasa bersalah sikit..sekejap buat,sekejap tak buat)

lama-lama, bila tak cuba untuk cegah diri, akhirnya ada beberapa solat fardhu yang terkorban..(semalam solat subuh terbakar..esok solat asar pula rentung)

mungkin awal-awal rasa berdosa dan berusaha qadha' solat
tapi...
lama kelamaan..bila diri terus menafikan diri itu berdosa dan rasa hidup "tidak apa" tanpa solat maka lahirlah individu yang solat bila rasa terluang masanya dan tidak mengqadha'kan solat yang ditinggalkannya.

begitulah kisah kita ini sebagai insan biasa
bila lama-lama dibiarkan perasaan "alaa..tak apa" dalam diri kita..akhirnya diri kita akan menjadi semakin binasa..

fikirkan sejenak peribadi diri kita..

ada yang mula-mula segan nak mencarut..tapi lama-lama carutan itu yang membasahkan bibir kita.

ada pula yang mula-mula tak biasa guna barang orang lain tanpa izin,,sekarang mencuri pun sanggup

(geleng-geleng kepala)
banyak betul sikap buruk yang kita sendiri mulakan.

konklusinya?
jangan lewat-lewatkan bertaubat..

cepat-cepat jirus dosa yang terpalit
jangan sampai dah kuning baju baru nak clorox..
rosakla baju

akhir drama..dengar dahulu tok nak bermadah

siakap senohong 
gelama ikan duri
bercakap bohong 
lama-lama mencuri

#janganhidupdalampenafiandiritakberdosa




Saturday, May 12, 2012

exam: untuk dia

Musim peperiksaan adalah musim yang paling seronok sekali.
umpama Ramadhan sebelum Ramadhan.

ana post ni bukan untuk menerangkan apa-apa..
cuma nak mengingatkan kembali diri kita (lagi-lagi tok yang pelupa)

Antara fakta imtihan yang tak boleh dinafikan:

-kadar helaian buku yang dibaca per hari makin bertambah
(1/2 helai > 10-15 helai/hari)
 -kadar doa yang dipohon per hari juga meningkat
(1 doa > 5-8 doa/hari)
-musolla dan masjid kembali berfungsi (??)
(5 visit/day > 50-60 visit/day)

kesimpulannya, musim peperiksaan mampu mengubah seseorang ke arah sesuatu yang lebih positif.
tapi..

Untuk siapa kita bertungkus-lumus ni?

tanya diri sebentar (termasuk tok)

nak mumtaz..
untuk apa?

nak naik tahun..
untuk apa?

macam-macam jawapan yang mungkin kita berikan:
"harapan mak ayah"
"tak nak pinjaman ditarik balik"
"tak nak malu dengan kawan-kawan"
dan banyak lagi..

tapi ana risau..
kalau matlamat kita hanyalah untuk nak mumtaz, hanyalah nak naik tahun atas sebab-sebab yang disebutkan di atas..ana bimbang cara kita untuk mencapai kejayaan itu terpesong.

ada yang mengabaikan sahabat handai hanya ingin belajar
ada yang mengabaikan tugas-tugasnya sebab tak nak masa privasi diganggu
ada yang sanggup meniru di dalam dewan peperiksaan 

ada satu sahaja yang bolah menyelamatkan kita dari berpenyakit seperti di atas..
kembalikan matlamat kita kepada Dia.
siapa?

Allah
 
kembalikanlah Allah ke tempat yang selayaknya dalam hati kita
usah lagi bertuhankan imtihan..

"segalanya lebih menggembirakan bila redha Allah adalah matlamat kita" 

Saturday, May 5, 2012

yang dikejar tak dapat, yang dikendong..?

yang dikejar tak dapat, yang dikendong..?

(haha)
sambung sendiri peribahasa tu.

mana mungkin pohon boleh bergoncang, andai tiada angin yang bertiup deras,
begitu jugalah peribahasa tersebut yang direka kerana sikap manusia itu sendiri..

boleh jadi kerana tamak..
atau
boleh jadi juga kerana tidak fokus
atau...
tidak pandai menilai keutamaan....?

haih..manusia oh manusia (geleng kepala)
*termasuklah ana sekali

jom kita imbas sejenak kehidupan seharian kita..(kalau anda pernah lakukan,sila geleng kepala)

ada ketika..
apabila jemaah subuh makin berkurangan dan isunya semakin diperkatakan,
maka kita berusaha untuk memastikan diri kita muncul di karpet musolla di kala subuh,

berbagai-bagai cara..
ada yang tidur awal...kunci jam...

tetapi ada juga yang tidak mahu tidur malam, kerana mahu meletakkan dirinya di dalam kelompok mereka yang "bangkit SUBUH"

aish..kesannya...
lepas subuh terus terlelap
dan tidur membawa hingga ke petang..
boleh jadi hingga ke malam...
hilang peluang menunaikan solat-solat fardhu yang lain (geleng-geleng kepala)

ada ketika...
kita terlalu sibuk membicarakan tentang pernikahan,

"aku nak isteri aku macam itu..macam ini."

"haish...bagusnya kalau ada orang tolong jaga makan minum."

sehingga kita terlupa mereka yang telah pun bersama-sama kita
keluarga kita
rakan-rakan kita
ahli rumah kita

mereka ini juga perlu diberi perhatian..
tetapi fikiran kita hanyut mencari si pemilik sayap kiri
hingga sayap kanan patah cedera tidak diubati (geleng-geleng kepala)

ada ketika...
kita terlalu semangat membicarakan tentang pendirian dan pegangan kita
tidak mahu beralah walau sesaat...dirasakan kebenaran tidak sepatutnya diam
maka terus-menerus bercerita dan berceloteh hingga lupa ukhuwah yang dibina

"ahh..parti pilihan kau ni semuanya korup belaka!"

"apahal polis tu langgar orang?! polis semuanya ......... (dialog terpaksa dibuang-18SG)"

hingga terguris hati kawan yang mendengarnya
jangan kerana perkara cabang kita berbalah sehingga persahabatan yang dibina hancur begitu sahaja

benar,perlu berkata benar meskipun pahit
tetapi cukuplah sekadar mengatakan perkara yang benar dan perlu sahaja
tak usahlah nak tambah cacian dan makian bagi setiap perkataan benar tersebut

haih...sudahlah ukhuwah putus..mad'u pun lari (geleng-geleng kepala)

banyak lagi sebenarnya kisah-kisah yang sepadan dengan peribahasa di atas.
yang penting kita masing-masing perlu muhasabah diri baik-baik..

bertindaklah dengan bijak
semoga Allah merahmati kita

Wednesday, May 2, 2012

benci pelaku atau perilaku?

       Dalam sebuah kampung, terdapat tiga orang teman. Teman yang pertama bernama Bon, teman yang kedua bernama Apis dan teman yang ketiga bernama Ah Seng. Mereka berkawan baik dari kecil hingga dewasa.

        Di alam dewasa, mereka melalui pelbagai pengalaman dan kadang-kadang tersungkur ke dunia kesilapan. Bon bekerja sebagai pegawai kerajaan dan sering mengambil rasuah, kisah korupsinya telah diketahui oleh kedua temannya dan dia akhirnya digelar BonGOK seterusnya dibenci oleh teman-temannya.

         Akan tetapi, bukan hanya Bon sahaja yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, Apis dan Ah Seng juga begitu. Suatu hari, semasa Apis sedang asyik mengutuk belakang Bon di hadapan rakan-rakannya di sebuah warung, ditakdirkan pula Apis berada di situ dan mendengar umpatan tersebut. Bon dan Apis mula bergaduh besar dan masing-masing terus menerus mengeluarkan aib temannya yang lain. Apis aibkan Bon, Bon aibkan Apis.

         Sejak itu, Apis pula mendapat gelaran untuk dirinya. Orang kampung menggelar dirinya ABising kerana suka mengata orang lain. Bagaimana pula dengan Ah Seng? Ah Seng bahagia dengan hidupnya sebagai petani. Tetapi, pada suatu hari koleksi majalah lucahnya telah dijumpai oleh Bon sewaktu meziarahi rumah Ah Seng, kerana cukup marah dengan tindakan tidak bermoral Ah Seng lantas Bon menggelar Ah Seng sebagai Ah Sex. Hati Bon lega bila dapat memberi gelaran buruk sedemikian kepada teman-temannya yang pernah memberi gelaran kepadanya dahulu.

        ??

        Tok ilman nak cerita apa sebenarnya? (haha..)

Begini..ana sebenarnya nak sentuh berkenaan dengan tabiat kita yang sangat suka menggelar-gelarkan seseorang yang melakukan kesilapan.

Macam kisah di atas. Bon digelar BonGOK, Apis digelar ABising manakala Ah Seng digelar..err..tak perlu rasanya ana sebut sekali lagi.

Walaupun kisah di atas rekaan, tetapi itulah realiti yang ada sekarang.

Baiklah ana bertanya kepada kalian semua. Apa maknanya apabila kita sudah menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk?

Adakah kita masih lagi boleh mengatakan bahawa kita sedang membenci perilakunya bukan dirinya?
Ana berani jamin tidak!

Sedangkan kita dtuntut untuk hanya membenci tindakannya bukan kepada drinya. Kerana mungkin dia  tersilap dan dirinya masih mampu untuk dibentuk menjadi lebih bernilai di sisi Islam.

Tetapi kita hanya bijak bercakap..tapi tindakan kita membelakangi kita. Kerana benci, semua boleh jadi..gelaran buruk sana sini bermain di bibir masyarakat.

Bila sudah diwujudkan gelaran, ianya direka supaya mengaibkan seseorang itu, supaya seseorang itu menjadi seolah-olah sinonim dengan perlakuan buruk di pandangan masyarakat.

Jika benar kita berpegang dengan prinsp tidak membenci pelaku tetapi benci kepada perilaku. Maka mengapa kita menyemai kebencian pada nama individu tersebut? Cukuplah ana kira untuk kita hanya menyatakan pendirian tegas dan bantahan kepada tindakannya. Mengapa perlu dicaci namanya?

Jika anda melakukan kesilapan, adakah anda rasa dengan mudah anda dapat menerima teguran daripada mereka yang memburukkan nama anda? Sudah pasti sukar..

Bawalah rahmat dalam dakwahmu..tiket dakwah tidak mengizinkan kita berlaku sewenang-wenangnya pada maruah pelaku kesilapan.



Jangan pandang mereka yang melakukan kesilapan dengan pandangan seolah melihat sampah tanpa harapan. Sebaliknya pandanglah dengan benar-benar sayang dan percaya mereka mampu berubah.

Tuesday, May 1, 2012

anda tulis.anda buat tak?


hebatnya Allah..

setiap kali ana menulis atau bercakap mngenai sesuatu,
pasti Allah akan memberikn peluang kpada ana ntuk membuktikan kata-kata sendiri

selepas ana menulis berkenaan musyrif..tiba-tiba datang banyak tugas berkenaan musyrif

selepas menulis post "dulu.kini.selamanya dia jahat", hari tersebut ana kena berurusan dengan bermacam-macam ragam orang.

tapi..
agak susah juga ntuk merealisasikan kata-kata kita

berikir..senang
tulis..senang
berucap...senang
bertindak..??

syukur, walaupun pada awalnya agak sukar dan ana bertindak tidak seperti yang ana tulis,
tapi bila teringat kembali penulisan terdahulu..cuba pujuk diri untuk bersabar..

"Ilman..kau kena cuba buat dulu apa yang kau tulis." ana cuba cakap pada diri sendiri.

tetapi bila difikirkan balik..bagus juga menulis ni
bila dalam situasi-situasi tertentu...penulisan kita sebelum ini seolah-olah menasihati kita untuk berfikir.

seolah diri ana menasihati diri ana sendiri..biasala manusia mudah lupa

*sigh

ana rasa bukan ana seorang sahaja menghadapi masalah ini..

ada penulis,dalam penulisannya indah dan hebat sekali,
ada penceramah, bila berceramah segalanya cantik tersusun kata-katanya,
dan ada juga pakar motivasi yang kata-katanya sering menaikkan semangat muda.

tetapi ramai yang bila terkena pada batang hidungnya sendiri, kadang-kala tidak mampu melakukan apa yang pernah dinasihatinya dahulu.

ana tak rasa pelik.
fitrah manusia melakukan kesilapan.

adakah ana menafikan kekurangan?
haha..
ana banyak sangat kurang..tak pernah ana kata ana sempurna belaka
mohon maaf dan terima kasih kepada mereka yang sudi menasihati diri ini.

ana mengakui ada masa tindakan tak selari dengan kata-kata dan penulisan ana,
tapi ana akan cuba lakukan yang terbaik

tetapi bagaimana pula dengan anda?

ayuh sama-sama islah diri dan bantu yang lain
jangan tinggal salah satu ^_^

dulu.kini .selamanya dia jahat


soalan pertama kepada anda:
1. adakah anda merasakan anda seorang yang adil?

baiklah simpan dahulu jawapan anda dalam kocek seluar

mari kita duduk sejenak, imbas kembali cara kita melayan manusia yang kunjung tiba dalam hidup kita.

ada yang berjumpa dengan kita selepas subuh
ada yang kita berborak-borak selepas zohor
ada yang berselisih selepas asar
dan ada juga yang bermesyuarat bersama dari maghrib sehingga isya'

mungkin puluhan orang, mungkin ratusan orang..
bertambah ramai yang kita ketemu, bertambah banyak andaian dalam diri

tetapi kita sering merasakan kita tahu segalanya

"Alaa..dia ni cam penagih dadah je muka."
lantas kita tidak melayan rakan kita itu dengan bersungguh-sungguh

"Budah hingusan macam dia ni mana la tau apa-apa."
terus kita membuang idea-idea yang dilontarkan oleh pelajar muda tersebut ke dalam tong sampah mesyuarat.

kita lupa suatu hakikat:
manusia mampu berubah..dan mereka pasti berubah

mereka yang dahulu kita kenal sebagai samseng sekolah
mungkin kini telah menjadi warden sekolah

mereka yang dahulu kita kenal sebagai buta al-Quran
mungkin kini telah menjadi hafiz al-Quran

jangan mudah membuat kesimpulan mudah bahawa
dulu.kini.selamanya dia adalah jahat/baik

layanlah manusia seolah-olah ini adalah kali pertama anda bertemu mereka
jangan biarkan hal-hal luaran membuatkan anda tidak berlaku adil dalam melayan mereka

tidak semestinya mereka yang terkenal itu benar belaka segala percakapannya
boleh jadi anak kampung nelayan itu lebih masuk akal apa yang diperkatakannya

tidak semestinya orang yang pernah mencuri itu jahat dalam segala perlakuannya
boleh jadi dia punyai sikap yang baik dalam menghormati orang tua

pendakwah yang baik tidak boleh mempunyai persepsi negatif terhadap diri mad'u mereka
jika tidak,,mereka yang benar-benar perlukan sentuhan dakwah itu tidak akan mendapat merasainya..

kerana pendakwah dengan persepsi negatif akan memilih-milih mad'u mereka..hanya mahu memilih yang baik-baik sahaja..kerana yang lain dirasakan tidak punyai peluang kedua.

layanlah seseorang itu dengan baik dan secara adil tanpa mengira status kedudukannya,pangkatnya,hartanya mahupun umurnya.
soalan kedua:
2. adakah anda merasakan anda seorang yang adil?


Friday, April 27, 2012

debat di sana, demo di sini

semalam baru selesai menonton debat antara YB Khairy Jamaluddin dengan Dato' Ambiga berkenaan reformasi pilihanraya.

"menarik.berfakta.jelas"
itu yang ana mampu simpulkan..

sebelum ini sempat juga menonton rakaman debat antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli di UK kalau tak silap.

tahniah ana ucapkan kepada kedua-dua pihak yang sudi membentangkan idea kalian..dan tidak lupa juga kepada pihak penganjur yang sanggup menjadi antara penyubur budaya yang sihat ini.

ana disini bukanlah nak mengulas mengenai isi perbincangan, siapa menang siapa kalah..tetapi ana nak nyatakan rasa syukur sebab aktiviti seperti ini semakin diterima baik oleh khalayak ramai.

ada pihak yang mengatakan debat tidak baik dan sebagainya
dan seterusnya mengeluarkan dalil-dalil yang menolak aktiviti debat
ana bukanlah mereka yang ahli dalam bidang ini dan ana bukan juga ingin menolak dalil

tetapi apa yang ana lihat dalam perdebatan ini, ia bukanlah "debat" seperti yang masyarakat umum fikirkan..ia adalah suatu perbentangan gagasan idea dan perbincangan.

suasana penuh akademik..tiada caci mencaci..

ia adalah perbincangan..cuma telah diberi nama "debat" kerana dua pemikiran yang berbeza bertemu dan berbahas..

jikalau ana tersilap,,betulkan ana

suasana sekarang..yang di kiri bercakap..yang di kanan bercakap
sana sini bercakap
sana tidak ingin mendengar sini, sini juga melayan sana sebegitu

maka, apabila kedua-dua pihak bercakap dalam medan dan waktu yang berbeza, mereka akan kelihatan bahawa mereka adalah benar belaka.

jadi yang mana satu yang benar sebenarnya?

kerana itulah, kita perlu letakkan kedua-dua pihak ini dalam suatu perbincangan supaya mereka dapat berbicara dalam medan dan waktu yang sama..seterusnya akan memperlihatkan kepada kita, dari mana datangnya salah faham itu.

seperti di dalam debat Khairy dengan Ambiga, kita boleh melihat dimana Khairy menerangkan dari mana datangnya 42,051 pengundi hantu dan kita boleh saksikan juga penjelasan daripada Khairy berkenaan bagaimana boleh terjadinya pemindahan pengundi dari suatu kawasan kepada kawasan yang baru.

inilah satu kelebihan debat berbanding ceramah kempen

di dalam ceramah semasa berkempen..pihak sana boleh cakap itu ini..pihak sini juga boleh cakap ini itu

sedangkan, apabila mereka bertemu dan diberi ruang untuk menjelaskan, maka kita kan lihat ia hanyalah salah faham.

disini ana nyatakan sokongan 100% supaya debat terbuka seperti ini diadakan pada masa akan datang apabila munculnya isu-isu nasional seperti ini.

Debat bukan untuk mencari siapa benar, siapa salah
tetapi untuk mencari dimana titik persamaan dan dimana bermulanya salah faham

debat di sana, demo di sini

bagaimana pula dengan demonstrasi?

siapa kata demonstrasi tiada manfaat..demo juga punyai manfaatnya yang tersendiri seperti mana debat.

dengan demo, barulah "mereka" yang buta prihatin ini akan cakna isu

dengan demo, barulah " mereka" yang mempunyai amanah menyedari mereka sering diperhatikan

"Oo..mahasiswa sepatutnya mempunyai peranan dalam masyarakat."
~kemudian barulah tampil tokoh-tokoh mahasiswa mengambil bahagian dalam perbincangan isu.

"Oo..PTPTN ada riba rupanya."
~kemudian muncul perbahasan mengenai riba yang dikenakan

"Oo..pilihanraya kita tak telus rupanya."
~kemudian baru diwujudkan jawatankuasa untuk memBERSIHkan sistem yang ada

debat dan demo..
kedua-duanya ada peranan tersendiri dalam penyelesaian sesuatu isu
cuma ia hanyalah alat untuk mencapai matlamat
usah dijadikannya matlamat

debat dan demo bukanlah hanya satu-satunya cara yang ada
tetapi adalah salah satu cara yang ada
sila gunakan cara yang ada dengan bijak

selamat memBERSIHkan Malaysia kawan-kawan ^_^


anda dan andaian

ragam manusia warna-warni
sana ragamnya begitu
sini ragamnya begini

ana persembahkan suasana pelangi kehidupan:

Situasi 1
bila dilihat si A (exco pelajar) muram dan tidak bermaya di hadapan ahli
kita akan berkata di belakang: "dia tak sepatutnya buat begitu, aku tak sokong exco camni."

Situasi 2
bila si B (rakan satu asrama) mula tidak kelihatan beberapa hari
rakan-rakannya akan mula berkata: "lama tak nampak? tidur seharian ke?"

Situasi 3
bila si C tidak hadir/lambat ke mesyuarat
pengerusi mesyuarat akan memarahi si C: "kamu ni tidak mengetahui fiqh aulawiyat!"

Situasi 4
bila si D mula merungut kerjanya yang berlambak
sahabat yang mendengar terus menyalahkannya: "buat kerja ikhlas la sikit"

*geleng-geleng kepala...

pilihan diberi:
(a) terus menyalahkan perilaku
(b) cuba memahami keadaan

anda pilih yang mana..?

secara realitinya kita lebih cenderung bertindak dengan pilihan (a), sedangkan apabila menjawab soalan SPM dengan situasi yang sama kita mampu menjawab (b) dengan tepat..apakah ini?

ada ilmu tiada amal
ada etika tiada akhlak
cantik kata punah tindakan

boleh jadi si A sedang mengalami masalah peribadi yang menekan emosinya. Walaupun dirinya diajar seni mengawal stress, tidak bermaksud dia sifar tekanan..si A tetap manusia, bukannya robot yang akan mengubah keadaan mengikut apa yang diprogramkan. Daripada anda terus berkata seperti di atas, mengapa tidak berkata dalam hati: "mungkin dia perlukan aku untuk luahkan masalah, salah aku tidak berada di sisi dia waktu ini."..

Si B tidak kelihatan seharian tidak bermaksud dia tidur seharian atau melarikan diri dari rakan-rakannya..boleh jadi selama ini dia yang rajin menziarahi bilik rakan-rakannya, tetapi sebaliknya yang berlaku terhadap dirinya..tidak ada rakan yang pernah ke biliknya. Maka apabila dia tidak menziarahi rakan-rakanya selama sehari, terus rakan-rakannya mengatakan dia itu dan ini. Sedangkan bukan salah si B, salah rakan-rakannya yang tidak mengambil berat si B sebagaiman si B mengambil perhatian kepada rakan-rakannya.

Bagaimana pula dengan si C..?
Tidak hadir ke mesyuarat atau hadir lewat adalah suatu kesalahan..tetapi tidak selamanya atau sentiasa boleh menjadi kesalahan. Ada sebilangan keadaan di mana pengerusi mesyuarat itu sendiri yang tersilap. Ramai galak menekankan kepentingan hadir dalam mesyuarat dan sebagainya..tetapi terlupa untuk menekankan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pengerusi mesyuarat dalam mengadakan mesyuarat atau perjumpaan...siapa yang perlu terlibat? betulkah isu ini perlu dibincangkan dalam mesyuarat? perlu ke mesyuarat diadakan..atau boleh berjumpa secara bersendirian sahaja?..kesilapan umum pengerusi mesyuarat boleh menjadi antara faktor mengapa berlakunya ketidakhadiran si C..mungkin sepatutnya si C tidak diperlukan di dalam perbincangan isu tersebut..atau si C terdapat perkara yang lebih aula untuk diutamakan.

Bagaimana pula dengan si D?
Merungut itu fitrah..meskipun bukan sikap yang baik. Usah disalahkan si D, sebaliknya cuba untuk berbincang dan memahami dengannya. Kerana merungut adalah satu signal yang cuba diberikan kepada pendengar bahawa "dia" sedang tertekan dan perlukan bantuan.

setiap tindakan punya sebab
anda yang memilih andaian dalam diri anda
dia salah.dia benar.dia terlupa.dia sengaja
semua pilihan anda

andai diri sengaja hidup dalam andaian negatif
segalanya akan jadi salah di mata anda

tetapi sekiranya anda suburkan dalam diri andaian positif
pandangan mata hati akan lebih luas dan indah

sangka baik adalah pilihan yang terbaik
*tips untuk dapat A+ dalam exam sivik SPM (haha) ^_^



Thursday, April 26, 2012

jangan dipujuk hati ini

nak lakukan dosa itu mudah
jikalau hati telah mengiakannya

rakan-rakan
andai dalam hati mula terdetik:

"Alaa...sikit je ni. Kau guna je duit tabung ni dulu..nanti kau bayarla balik"

atau

"Jangan risaula..kau buka laman web ni bukannya ada orang tahu."

atau

"Main game dulu beb, belajar tu kemudianla bila da hilang stress"

dan yang seerti dengannya..
maka janganlah dipujuk hati ini untuk melakukannya

didiklah diri untuk bermujahadah

seronokkah anda untuk melihat diri terus-menerus dipermainkan dan digelakkan oleh syaitan?
mereka hasut.anda ikut.mereka bisik.anda tewas

hinanya diri ini jika terus begitu

maksiat tercipta dari hati dan tindakan yang membenarkan ia terjadi
anda yang memilihnya

terus menerus untuk menjaga kemulian diri
atau
terus menerus untuk "menyeronokkan" diri
itu pilihan anda

syukur Allah itu maha pengampun..

ayuh BERSIHkan diri ini ^_^

Monday, April 23, 2012

untuk mereka yg tiada rasa bahagia

bila lihat ada kawan-kawan yang muram..
kesian sangat

kebahagiaan hilang dari diri mereka

eh..
benar ke kebahagiaan itu hilang?
atau diri mereka yang telah melupakan kebahagiaan tersebut?

sebelum kita pergi jauh..
tanya pada diri..mengapa perlu rasa bahagia?
perlu ke?

"Sebab...supaya hidup tak rasa serabut" jawab Ali

"Elak kemurungan?" Zakiah menambah ..

"Mungkin sebab fitrah manusia" tiba-tiba Aiman mencelah.

tepat sekali..
manusia secara semulajadinya cenderung dan memerlukan suasana yang bahagia dalam kehidupan mereka.

untuk apa..?

rasa bahagia akan menjadikan emosi individu menjadi stabil. Kesannya, tahap kualiti tindakan dan buah fikirannya akan berada di dalam keadaan yang optimum

baiklah..
bagaimana pula cara nak mendapatkan bahagia?

ramai yang..
rasa murung
rasa bersendirian
rasa bersalah
dan macam-macam lagi

adakah keadaan sekitar dirinya yang menjadikannya sebegitu?

mungkin boleh jadi faktor pencetus...tapi semuanya bergantung kepada diri individu itu sendiri..
tidak ada jalan lain untuk mencari kebahagian kecuali bermula dari persepsi individu itu sendiri

ada yang merasakan dengan harta banyak dia akan bahagia
tetapi ramai pula yang kaya tetapi tertekan hidupnya

ada yang merasakan dengan hidup tanpa kerja dirinya akan bahagia senang lenang
tetapi ramai pula menganggur kesempitan rezeki dan putus asa pada tuhan

ada yang merasakan dengan isteri cantik, rumah tangganya akan bahagia
tetapi ramai pula yang masjid yang dibina hancur angkara fitnah dan tidak percaya

kawan-kawan sendiri boleh lihat sekitar kalian
kesimpulannya..
bahagia bukan terletak kepada "situasi","tempat","barang" atau "orang" tertentu
akan tetapi bahagia terletak pada hati yang menilai "sesuatu yg tertentu" itu

maka apakah penawarnya bagi mereka yang tidak bahagia?

1.mula menerima seadanya keadaan dirinya

2.hentikan membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki individu lain

3.mula mencorakkan pencapaian dirinya berdasarkan keadaan dirinya..(bukan mengikut-ikut)
-hentikan berfikir "aku perlu jadi seperti dia, baru aku akan berjaya"
-mula berfikir "dengan apa yang aku ada sekarang, bagaimana cara untuk aku berjaya"

4. Terapkan dalam diri bahawa Allah amat menyayangi hamba-hambanya..segala apa yang telah disusun oleh Allah adalah yang terbaik dan terindah. Maka..mengapa perlu bersedih jikalau kita mengetahui kesusahan itu ada "kebaikan"nya untuk kita.

apa lagi kawan-kawan
rasa bahagia adalah suatu pilihan
mengapa perlu memilih sebaliknya?

maaflah sekiranya tersilap
ana kan orang tua biasa
^_^

 p/s: maksiat virus kebahagiaan

"Dari Shuhaib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Dan hal itu tidak didapatkan kecuali pada diri orang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan maka dia bersyukur. Dan apabila dia mendapatkan kesusahan maka dia akan bersabar. (H.R. Muslim)"

Sunday, April 22, 2012

jom main game!

Cuba bayangkan sekarang anda sedang bermain permainan video, terpulang mengikut citarasa anda..nak main bola ke..barbie ke..ataupun lumba kereta

Natijah daripada kebijaksanaan anda mengawal watak permainan tersebut, akhirnya anda telah sampai ke peringkat permainan yang paling tinggi sekali.

Di peringkat ini, anda diminta untuk mengalahkan ketua kepada segala ketua yang paling hebat.

Semasa perlawanan menjadi semakin sengit..(sila bayangkan dengan serius. haha)

tiba-tiba...

watak permainan kawalan anda bertindak sesuka hati...

yang bermain bola tiba-tiba own goal

yang bermain kereta tiba-tiba wrong direction

yang bermain barbie...err....tiba-tiba menangis (kot..)


Apa perasan anda selepas itu?

marah?

bingung?

mengetawakan diri sendiri?

atau kesemuanya sekali..?

Ana bukan nak huraikan berkaitan permainan video ataupun perasaan marah tadi.

Ana cuma nak kita renungkan semula sikap kita di dalam persatuan, organisasi mahupun jemaah islam..

Selaku mereka yang berintima' `aqidi (bergabung dengan jemaah atas dasar akidah), kita seharusnya bekerja dan bergerak mengikut posisi yang telah ditetapkan oleh jemaah.

Akan tetapi, sedih bertambah malang (tetapi tidak berbau) apabila kita lebih cenderung membawa nama peribadi masing-masing dengan menggunakan saluran jemaah. Kita hanya bergerak atas keinginan peribadi.

Apabila kita mendapat posisi yang sesuai dengan kehendak diri, kita bekerja dengan senang hati. Tetapi, apabila kita mendapat posisi yang dirasakan terlekatnya secebis hina, kita menolak dan mengambil ringan tugasan tersebut.

Orait, ada yang sudah nampak apa yang ana cuba sampaikan? (sila angkat tangan..yea!)

belum lagi..?

Baiklah ana teruskan..

Begitulah analogi yang ana cuba berikan kepada kalian mengenai "mereka" yang memilih-milih dan cerewet di dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh jemaah.

Diposisikan sebagai pengarah atau penasihat atau pengerusi, diri terus merasa bangga, kembang kempis hidung. Ramai datang berebut-rebut..

Apabila diminta mencuci tandas awam, menyertai gotong-royong ataupun turun padang berceramah, mereka ini mula tarik diri dengan pelbagai alasan.

Bagaimana mungkin matlamat jemaah akan tercapai sekiranya masih terdapat watak sebegini?

Bagaimana mungkin kemenangan digenggam jikalau watak berlari-lari kesana kemari tidak mahu dipandu arah oleh jemaah?

Mereka merasakan potensi mereka diabaikan, mereka merasakan masa mereka dibazirkan, mereka merasakan mereka lebih sesuai melakukan kerja yang lebih "besar"

Hakikatnya, mereka yang menyusun atur strategi itu nampak dengan jelas bahawa bola perlu di"pass"kan kepada "striker" sayap kanan baru kita akan menjaringkan gol..mengapa perlu si "striker" sayap kiri merasa terhina melakukan serahan bola kepada rakanya untuk menjaringkan gol?

Apa akan jadi sekiranya, tiba-tiba si striker kiri ingkar pada kawalan pemain? dia terus merembat bola, kerana ingin dirinya digelar penjaring terhebat. Akhrinya, bola dapat ditahan dengan mudah oleh penjaga gawang lawan.

Kesudahannya, kemenangan tidak akan tercapai

Sedarlah, pimpinan lebih nampak dimana kegunaan kita pada ketika "itu", di tempat "itu" untuk kelebihan islam.

jikalau mereka tak bijak berbahasa...

Pernah tak berada di dalam situasi macam ni?

"Man..kaki aku sakit la..kenapa eh? tadi doktor cakap tisu koyak..boleh terangkan sikit tak?" Haris bertanya kepada Aiman yang merupakan pelajar perubatan.

"Err..aku rasa, Anterior Cruciate Ligament ko koyak la, sebab tu kaki ko tak leh bend..boleh jadi jugak ko punya medial meniscus ko pun ada masalah." Aiman agak ralat mencari ayat.

"Amende tu man? cakap la bahasa melayu.." Haris semakin pening.

"Alamak..."

Bahasa amat penting dalam kehidupan, bahasa juga menjadi kompenen utama dalam penyampaian ilmu kepada masyarakat.

Akan tetapi..
ramai yang meremehkan.

Kita lebih suka menggunakan istilah-istilah berbelit yang terdapat dalam buku pelajaran kita berbanding mencari bahasa yang lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat. Penggunaan istilah-itstilah khusus ini atau lebih dikenali sebagai jargon ini sepatutnya dielakkan dalam penerangan sesuatu ilmu kepada masyarakat umum.

Situasi ini tidak sahaja berlaku di kalangan penuntut ilmu profesional, akan tetapi turut berlaku pada golongan asatizah.

Apabila berbicara, mereka tidak lari dengan perkataan-perkataan arab yang mungkin bagi mereka ianya normal, tetapi hakikatnya cukup asing pada pendengaran masyarakat di kampung.

Kesannya, ramai yang tidak memahami dan merasakan ilmu agama itu sukar dan rumit. Akhirnya, mula mengasingkan agama dan kehidupan.

Adakala kita turut sama mendengar ada yang mengatakan bahawa dia akan kelihatan tidak bijak jikalau  menggunakan bahasa melayu.

Realitinya, mereka bukan sahaja mula kelihatan tidak bijak apabila berbahasa melayu. Tetapi, sebaik sahaja mereka tidak mampu berbahasa melayu itu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa tidak bijaksananya mereka. Kerana mereka lahir di bumi yang menggunakan bahasa ini.

Ramai yang menggunakan ayat diatas apabila mereka ingin lari daripada kenyataan bahawa mereka tidak mampu berbahasa dengan baik. Mungkin bagi mereka adalah sesuatu yang bijak apabila dapat menyebutkan ribuan istilah pelik yang jarang didengar, tetapi agak malang apabila ucapannya gagal menyampaikan mesejnya yang sebenar.

Jadi sahabatku, disamping kita mempelajari bidang ilmu pengkhususan kita. Jangan lupa untuk mendalami kaedah dan bahasa terbaik untuk menerangkan kembali ilmu tersebut kepada masyarakat..


Mereka yang bijak adalah mereka yang dapat meleraikan sesuatu yang rumit kepada yang mudah difahami oleh orang umum

Thursday, April 19, 2012

exam: golongan yang tersangkut

^_^

mesti pelik baca tajuk ni kan?
alang-alang tengah tunggu program ribat BKAWM, terfikir mengenai situasi dan sikap ana dan kawan-kawan dalam menghadapi peperiksaan.

ada yang gelisah

ada yang tidak sabar

ada yang tidak tahu menahu apa-apa..

macam-macam ragam ada

dalam menghampiri tarikh peperiksaan ini kita akan dapat lihat ramai yang mula menukarkan dirinya menjadi "malaikat imtihan". macam tukar jadi ultraman..hehe~

tak salah menjadi baik..dan ia adalah fitrah manusia untuk kembali kepada Allah di dalam kesusahan.
maka..jikalau anda adalah diantara yang termasuk ke dalam barisan "malaikat imtihan" ini, janganlah kecil hati jikalau ada yang memperli perubahan sikap kalian, kerana anda adalah manusia normal yang mengikut fitrah diri

ana menulis post ini bukan nak mengulas fenomena "malaikat imtihan"..tapi ingin mengenengahkan penyakit yang sebahagian rakan-rakan kita (atau mungkin kita sendiri) menghidapinya.

di kala para malaikat imtihan sudah bahagia berada di dalam suasana pembelajaran dan ibadah yang mengasyikkan..telah diizinkan oleh Allah untuk terbuka hati untuk belajar dan dekat kepadanya.
tubuh mereka yang sebelum ini berat untuk beribadah dan belajar menjadi ringan dan senang hati..

tetapi ada segelintir golongan yang tersangkut..tidak mampu merubah diri untuk bertindak menyelamatkan dirinya daripada terus lesu, tidak berdaya menyelak helaian buku pelajaran.

malah ada yang lebih kasihan...sehingga ada yang semakin mendekati tarikh peperiksaan, diri mereka makin jauh dari tuhan. Sudahla belajar tidak berdaya, hubungan dengan tuhan pula semakin tunggang langgang.

"golongan yang tersangkut" inilah yang perlu kita beri perhatian dan bantu mereka.

mereka sedar mereka perlu berubah untuk berjaya..tetapi banyak perkara tiba-tiba muncul dan menyibukkan diri mereka dengan urusan yang tidak berkenaan..

antara mereka ada yang punyai masalah kewangan yang serius
mereka tidak berdaya mencari makanan harian mereka sendiri..apatah lagi tambang untuk ke kelas

antara mereka ada yang punyai lambakan kerja yang masih belum selesai dari dahulu
mereka sedar..tapi tubuh mereka tidak mampu digerakkan pada waktu yang sepatutnya
minda mereka tersekat dan berbelah bahagi antara tuntutan kerja dan belajar

antara mereka ada yang terus bergelumang dengan maksiat
mereka sedar perbuatan itu salah
tetapi diri mereka terus menerus melakukannya seperti sudah menjadi rutin harian
peringatan yang muncul..berlalu begitu sahaja
diri mereka terus lemah dan lemah..

antara mereka ada yang hidup tunggang langgang
jadual tidur dan hidup sudah terbalik
siang disangka malam
malam dirasakan siang

antara mereka ..ada yang tumpas dengan pesona hiburan
video game sana sini
koleksi movie bertambah tanpa diminta
masa mereka dicuri dan terus dicuri
mereka sedar...tapi mereka tidak kuat

kenapa ana tulis mengenai golongan ini?

semuanya tidak lain dan tidak bukan adalah agar kita sedar dan mengambil berat kebajikan rakan-rakan kita.

boleh jadi rakan-rakan kita adalah antara mereka yang tersangkut


mereka sedar dan tahu mereka perlu berubah
tetapi tubuh mereka tidak mahu menurut
seperti sudah liat
kerana setahun suntuk tidak dilentur untuk menjaga disiplin ilmu

tidak manis untuk kita selaku rakan membiarkan mereka sebegitu
mungkin benar mereka pemalas dan tidak ke kelas sebelum ini
tetapi itu bukan alasan untuk kita memilih mad'u

boleh jadi bertitik tolak dari kesedaran yang dicetus dari pertolongan kita itu akan menjadikan mereka seorang individu yang berjaya kelak

Wednesday, April 18, 2012

apabila dia mula mengungkit

apa yang anda akan lakukan apabila mendengar sahabat kita berkata:

"asyik-asyik aku je yang kena masak..haish..."

atau

"penatla..akula yang kena sapu sampah, akula yang kena berucap ...nanti aku juga yang kena susun fail."

atau

"cukup baikla aku tolong dia buat kerja tadi..cuba kalau aku biar je."

pernah berjumpa kawan sebegini atau anda sendiri pernah merungut seperti di atas?
haha..~

selalunya..apa reaksi mereka yang berada di sekeliling perungut ini?

secara kasarnya kita akan lihat ramai yang akan memujuk sekadar untuk menyedapkan hati rakannya..

tetapi, apabila berada di tempat lain, ramai yang suka menjadikan kawanya itu contoh kepada orang ramai bahawa orang sebegini adalah mereka yang tidak ikhlas atau bekerja tanpa kefahaman.

sikap apa ini?

mungkin ada kebenaran mereka mengeluh, mereka merungut, mereka mengadu kerana ada antara mereka yang tidak faham atau tidak ikhlas..tetapi adakah kita boleh pukul rata bahawa semua yang merungut adalah sebegitu?

bukan tugas kita untuk mencari bukti samada dia ikhlas atau tidak.

manusia secara semulajadinya akan merungut atau mengungkit-ungkit apabila dia memerlukan pendengar untuk mendengar luahan hatinya. semua manusia punya masalah..dan tidak semua kuat seperti tokoh-tokoh tertentu.

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerana ada bahagian kerja yang anda tak lakukan..dan dia sudah terlalu lama membantu melakukannya secara senyap-senyap..

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerja dan baktinya hanyalah di hadapan anda seorang..kerana dalam hatinya, hanya anda kawan sejati yang boleh menjadi pendengar isi hatinya

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerana dia mempunyai kesulitan dalam kerja atau urusan hariannya..dan dia perlukan kita untuk membantunya..

setiap tindakan..pasti bersebab


kawan-kawan..
fahamilah apa yang cuba disampaikan oleh mereka yang mula mengungkit-ungkit

mereka perlukan kita untuk membantu
bukan menjatuhkan
^_^

diriku tidak hebat

Insan yang rendah diri ada di mana-mana
toleh kanan..ada
toleh kiri..ada

kenapa perlu memilih untuk rendah diri?

ada yang sering merasakan bahawa drinya tidak layak memimpin

ada yang mempercayainya dirinya tidak sesuai untuk menjadi pemikir

ada juga yang menyakini dirinya tidak akan berjaya dalam semua peperiksaan yang dilaluinya

kawan-kawan,
usahlah terus berfikiran sedemikian.

Ana berpendapat setiap manusia dilahirkan dalam tingkatan keupayaan yang sama, cuma suasana sekeliling yang membentuk acuan pemikiran kita dan menjadikan kita berlainan.

Dari situlah mula muncul perbezaan corak pemikiran dan tindakan.

Individu-individu yang hebat pada masa dewasanya telah melalui suasana kehidupan yang mencorakkan peribadinya yang unggul sewaktu mereka kecil, cuma mngkin bagi mereka yang masih terkapai-kapai mengejar identiti dan pemikirannya yang trsendiri pula telah menjalani suasana kehidupan yang kurang membentuk nilai tambah dalam dirinya.

kesilapan manusia yang terbesar ialah apabila mereka telah berhenti belajar untuk menambah nilai dirinya selepas tamat sekolah menengah. mereka merasakan bahawa keadaan drinya yang kini itulah merupakan dirinya yang sebenar.

Dengan mudah menghadkan dirinya sebagai mereka yang gagap dalam berpidato, mereka yang lembab dalam berfikir dan mereka yang lemah dalam memimpin.

maka...jangan jadikan diri anda terus dalam kerugian. Suasana kehidupan sewaktu kecil berjalan melalui anda secara separa sedar.Anda membentuk diri anda di dalam keadaan diri anda sendiri tidak menyedarinya. Kini..anda sendri sudah matang dalam berfikir, masih punya masa untuk mencorakkan diri anda mengikut acuan hebat yang dikehendaki oleh anda..

ana berpendapat
orang yang hebat bukan dilahirkan secara semulajadi hebat,
tetapi dengan izin Allah mereka menerima pembentukan peribadi yang hebat sewaktu mereka masih kecil

anda mungkin terlewat menerima pembentukan tersebut
tetapi..masih boleh diusahakan
jangan mengalah untuk mnjadi mereka yg hebat untuk ummat
^_^

anda pemikir atau pekerja yang baik?

pekerja yang cekap tidak semestinya pemikir yang baik..
pemikir yang baik pula mestilah daripada pekerja yang cekap

ramai yang seronok meletakkan dirinya di dalam posisi pemikir kerana baginya terdapat kemasyhuran di dalam posisi tersebut, sedangkn secara hakikatnya ramai diantara mereka bukanlah pemikir yang baik

pemikir yg baik perlulah melalui proses sebagai pekerja dahulu. meskipun individu tersebut mempunyai otak yang geliga, tetapi hanya kerana sifar pengalaman bekerja akan menjadikan idea yang terbit dari pemikirannya kebanyakannya tidak sesuai dengan realiti. kerana inilah, ramai yang hnya idealis tetapi tidak realitis...idea cukup mudah untuk dilontar, tetapi diri sendri tidak mampu untuk merealisasiknnya

akan tetapi..

perlu diingatkn kepada semua para pemikir janganlah bongkak dengan kelebihan yang ada. Allah mmpu menarik kembali nikmat yang dimiliki dengan sekelip mata.boleh jadi pada masa akan datang kita masih mampu berpidato, mempromosi idea kita dengan baik..tetapi di kala itu idea tersebut hampas dan hanya membawa kemudaratan yang Allah sembunyikan daripada kita.

^_^

Monday, April 16, 2012

daripada kerangka mana akhlak kita dibentuk?

dalam berurusan dengan manusia..
ramai yg bijak menjaga peribadinya dalam bertutur dan tingkah laku

akan tetapi..
daripada kerangka mana akhlak kita dibentuk?

ramai yg mnjaga tutur katanya
tetapi seberapa ramai yg mnjaga tutur katanya kerana kasih kepada Allah?

atau...

adakah kita hnyalah ingin mngelakkan diri dripada dicop sebagai mereka yang biadap dan merasa bimbang akan dbenci manusia, maka ramai yg cuba bersikap baik?

sikap inilah yg mnyebabkn akan munculnya ramai yg tidak berani menuturkn kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim


sikap inilah juga yang menjadi punca lambakan insan yang tidak berani menegur rakan-rakannya yang melakukan dosa


semuanya berpunca daripada asas pembentukan akhlak yang bukan pada landasan yang benar

hanya kerana ingin menjaga dirinya daripda dilabel si pemberontak oleh pemerintah
maka dia diam...

hanya kerana takut dirinya akan dibenci dan diumpat oleh rakan-rakannya kelak
maka dia hanya mampu tersenyum..tidak berani menegah

peribadinya dicorak
tutur katanya disusun

hanya dengan niat..supaya dirinya dilihat mulia dan dipandang sopan



itulah sebabnya..bila kita ingin melihat akhlak sebenar seseorang itu...lihatlah sewaktu dia disakiti atau dicaci...di kala itu, kita akan mengetahui dari kerangka mana akhlaknya dibentuk

bentuklah dirimu dengan acuan untuk dikasihi Allah...bukan dengan acuan ntuk mncari kasih manusia yg sememangnya sempit dan hodoh

~mngkin akan ada yang brtnya.."tak kan la nak brlaku buruk, tak payah ambil hati dan perasaan orang lain kat dunia ni?"

jawapannya mudah:
adakah mungkin kita akan berlaku zalim kepada manusia sekiranya kita berperilaku mengikut syariat Allah?

atau anda lebih yakin diri kita akan lebih mulia sekiranya menyesesuaikn perilaku kita untuk mendapat kasih manusia walaupun dalam kes yg membelakangi rahmat Allah?

tanyalah diri anda..anda punya jawapannya

ana bukan menulis post ini untuk kita sangka buruk pada kawan-kawan kita..ana harap tak jadi macam tu.
ana tulis post ini ntuk kita nilai balik diri kita sendiri..

kita tak tahu apa yang berada di dalam hati manusia lain..
jangan senang-senang reka andaian terhadap mereka ^_^

hidup di saat ini. bukan sebentar lagi..

kita sekarang ni hidup atau mati?
haha~
insyaAllah hidup..cuma kita amat jarang menghidupkan waktu kita

ramai manusia suka menunggu-nunggu saat yang akan datang sehingga mengabaikan saat yang sedang berada di dalam kerangka waktunya skarang..

gemar membayangkn apa yang boleh dibuat pada masa akan datang tetapi sering mengabaikan apa yang boleh dibuat pada waktu semasa

inilah kesilapan umum manusia.
sentiasa merasakan kemungkinan dia akan bertuah pada masa akan datang,,dan dia akan lakukan sebegitu dan sebegini pada waktu tersebut

"alaa..nanti time aku kerja nanti, aku join la jemaah"

"esok la aku belajar,,hari ni buzyla"

macam-macam alasan kita reka ntuk pujuk diri kita agar tidak bertindak sekarang.

usahlah jadi sebegitu..

jangan tunggu nanti...tapi rangkalah dari sekarang untuk mencapai apa yang terbaik


ciptalah peluang
bukan melangut menunggu peluang



mahasiswa: mansuhkan PTPTN?

ana serba salah nak sentuh pasal isu ni..

tpi ana rasa,,walaupun suara ana mngkin hanya beberapa kerat sahaja yang nak dengar..
ana tetap nekad perlu ceritakn pendirian ana

sebab..
kalau kalian boleh mengatakn kalian ada hak nak bersuara
ana pun ada hak nak bersuara
dan ini medium ana..

ana sedih lihat segelintir mahasiswa sekarang
semua prkara hendak dipukul rata

mansuh itu..mansuh ini

ana seperti kalian juga sebelum ini,
sebelum naik pimpinan (walaupun hanya pimpinan mahasiswa)..
ana selalu akan persoalkan tindakan mana-mana pihak
kenapa pihak kerajaan lakukan begini..kenapa pihak sana buat sebegitu
kenapa  tak begini dan begini
itu salah..yang ini yang betul

tetapi..setelah ditakdirkn untuk berfikir.merancang dan bekerja di dalam pimpinan
ana sedar satu hakikat
semua manusia secara fitrahnya inginkan sesuatu yang lebih baik
maka dari situ timbulnya pelbagai sistem untuk menyelaraskan sesuatu perkara
dan sudah pasti..sebelum dirangka sistem tersebut,,mereka yang bertanggungjawab telah mengambil kira pro n cons..
tetapi kesilapan dalam perangkaan itu timbul apabila definisi "baik" dan taraf kefahaman islam itu berbeza.

akan tetapi..malangnya,,ramai mahasiswa yang merasakan diri mereka sahaja yang berupaya nampak dan mengetahui kekurangan atau penyelesaian sesuatu isu..

mereka berteriak mengatakan "wahai kerajaan..kamu perlu sebegitu dan sebegini"

mereka lupa..panel yang merangka itu juga manusia dan punya otak seperti mereka
sudah pasti mereka juga telah berbincang mengenai apa yang kalian perjuangkn itu..
kerana ia adalah common sense ..semua orang pasti akan trlintas dalam fikiran mengenai hal itu

ana disini bukan nak salahkn niat kalian
ana juga seperti kalian..nak pilihanraya yg bersih..nak kos pendidikan yg tidak membebankn

dlm kes PTPTN..ana tak rasa perlunya dimansuhkan
sebab bukan konsep PTPTN itu yang salah
tapi jadi silap besar bila pelajar perlu mmbayar lebih daripada yang mereka sepatutnya bayar

dan isu ini akan lebih terkawal dan lebih bercorak "kemahasiswaan" jikalau kita menyenaraikan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban hutang pelajar atau sistem baru yang lebih membantu..

tetapi kita suka mngambil jalan yang sebaliknya..lebih ramai dalam kalangan kita gemar untuk mencari isu lain untuk diperbandingkan..seperti kes ahli politik yang berhutang lagi banyak, tetapi terlepas daripada tindakan..seperti kes maklumat yang disebutkan oleh kerajaan berbeza dengan yang diperolehi daripada PTPTN...
perkara ini tidak akan selesai sekiranya kalian terus-menerus mengapi-apikan isu..
terlalu galak nak tunjuk, kita betul,,dia salah

ana lihat..kerajaan sudah melaksanakan apa yang mereka rasa patut untuk adil kepada peminjam,
antaranya seperti mengecualikan pembayaran balik kepada peminjam yang mndapat ijazah kelas pertama..

di sini..ana nak nyatakan jumlah yang brjaya mendapat kelas pertama dan pengecualian tersebut supaya kita buka mata sikit:

11,764 pelajar telah dikecualikan

Daripada jumlah itu, 8,818 orang ialah pelajar keturunan Cina, 2,347 orang keturunan Melayu, 456 orang keturunan India manakala 50 bumiputera Sabah, 34 bumiputera Sarawak dan 59 lain-lain keturunan.


PTPTN adalah pinjaman..dan adalah satu rahmat apabila diberikn kelonggaran untuk tidak perlu membayar kembali pinjaman oleh peminjam.
dan ini adalah alternatif kita untuk tidak berhutang..buktikan kita layak untuk untuk ditaja

tetapi malangnya...kaum melayu sangat sedikit yang cerah mata untuk melihat alternatif ini..sudah pasti pihak PTPTN merangka dasar sebegini untuk menggalakkan persaingan yang positif..tetapi ramai daripada kita memandang dari sudut yang sebaliknya..kita mengatakan hak rakyat tidak diberikn..

apa akn jadi seterusnya? seolah-olah mereka yang mndapat ijazah kelas pertama ni tiada nilai..kerana mereka yg belajar tunggang-langgang pun dapat free..akhirnya kerajaan akan menanggung liabiliti yg cukup besar

eloklah kiranya jiklau kita mengumpulkn 300 orang yang berdemo tu untuk mengadakan suatu perbincangan berkonsepkan konvensyen yang mmbincangkan solusi isu ini daripada berarak untuk menyuluh perkara yang telah cerah..berbincanglah dengan berhemah di dalam perkumpulan tersebut,,dan wujudknlah resolusi untuk diserahkan kepada pihak PTPTN.

(ana lebih optimis konvensyen tersebut dihadiri oleh wakil MPP IPTA dan IPTS dan wakil NGO yang berkenaan..ia lebih mewakili suara mahasiswa.)
jangan bagi alasan leceh atau tiada duit nak anjur

selepas itu adakanlah dialog antara wakil mahasiswa yang dilantik, wakil kerajaan dan PTPTN ntuk membincangkan pro n cons cadangn yg telah disepakati

daripada situ rakyat akan melihat dan menilai sejauh mana peranan mahasiswa di dalam menegakkan kebenaran. InsyaAllah, ana percaya resolusi yang dibentuk akan membawa kesan yang lebih positif di dalam isu ini.
mngkin kalian akan kata ana tidak realitis..tetapi kalau kalian boleh melakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan dalam tempoh waktu sebelum ini..
mengapa tidak boleh lakukan seperti mana yang ana cadangkan?

ana prcaya..kalau kalian ambil serius hal ini..dan semua yang berkumpul berdemo trsebut berbincang dalam suasana trkawal untuk mencari solusi,,ana pasti kalian akan sedar kenapa tidak semua pndapat kita adalah realitis dan kenapa mereka/ptptn/kerajaan berbuat begini dan begitu

"berfikir mencari solusi yang realitis lebih sukar dari berkata sesuatu yg common sense tetapi kosong cadangan"

pandangan ana terhadap isu ini:
-isu ini muncul berikutan interest yang dikenakan sangat tinggi, sedangkan suasana alam pekerjaan semasa adalah tidak berapa menjamin peminjam mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

-isu bertambah hangat apabila pelbagai kisah korupsi pegawai tinggi kerajaan diketahui umum. Hal ini menyebabkan rakyat merasakan adalah amat tidak adil mereka bersusah payah mengeluarkan duit sana sini, tetapi mereka yang di "atas" mudah-mudah menggunakan duit mereka.

-idea pemansuhan PTPTN adalah idea daripada pihak PKR dan adalah salah satu tindakan yang dicadangkan untuk merealisasikan konsep pendidikan percuma. Untuk mencapai apa yang dicadangkan oleh PKR tersebut bukanlah mudah-mudah dapat dijayakan dengan hanya memansuhkan PTPTN, tetapi pengurusan kewangan negara perlu diubah secara dalam pelbagai segi.

rumusan daripada ana yang hina:
-Idea PKR ada asasnya. kerajaan tidak sepatutnya menolak bulat-bulat dan sibuk membuktikan kalian benar melalui suara media. Adakan dialog dan cari kebenaran idea yang dibawa.

-PTPTN tidak perlu dimansuhkan. hanya mansuhkan interest 1 peratus yang dikenakan oleh PTPTN itu sendiri.

-Kerajaan perlu cari sumber kewangan alternatif bagi PTPTN untuk mengelakkan perlunya diletakkan interest dalam pinjaman.

-Kadar pembayaran mengikut gred pencapaian akademik peminjam.


*ana bukan hebat. idea ana hanya secebis ilmu kalian..ana cuba nyatakan pendapat. terima kasih membaca..mohon maaf salah silap ^_^