Showing posts with label persahabatan. Show all posts
Showing posts with label persahabatan. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

apabila dia mula mengungkit

apa yang anda akan lakukan apabila mendengar sahabat kita berkata:

"asyik-asyik aku je yang kena masak..haish..."

atau

"penatla..akula yang kena sapu sampah, akula yang kena berucap ...nanti aku juga yang kena susun fail."

atau

"cukup baikla aku tolong dia buat kerja tadi..cuba kalau aku biar je."

pernah berjumpa kawan sebegini atau anda sendiri pernah merungut seperti di atas?
haha..~

selalunya..apa reaksi mereka yang berada di sekeliling perungut ini?

secara kasarnya kita akan lihat ramai yang akan memujuk sekadar untuk menyedapkan hati rakannya..

tetapi, apabila berada di tempat lain, ramai yang suka menjadikan kawanya itu contoh kepada orang ramai bahawa orang sebegini adalah mereka yang tidak ikhlas atau bekerja tanpa kefahaman.

sikap apa ini?

mungkin ada kebenaran mereka mengeluh, mereka merungut, mereka mengadu kerana ada antara mereka yang tidak faham atau tidak ikhlas..tetapi adakah kita boleh pukul rata bahawa semua yang merungut adalah sebegitu?

bukan tugas kita untuk mencari bukti samada dia ikhlas atau tidak.

manusia secara semulajadinya akan merungut atau mengungkit-ungkit apabila dia memerlukan pendengar untuk mendengar luahan hatinya. semua manusia punya masalah..dan tidak semua kuat seperti tokoh-tokoh tertentu.

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerana ada bahagian kerja yang anda tak lakukan..dan dia sudah terlalu lama membantu melakukannya secara senyap-senyap..

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerja dan baktinya hanyalah di hadapan anda seorang..kerana dalam hatinya, hanya anda kawan sejati yang boleh menjadi pendengar isi hatinya

boleh jadi dia mengungkit-ungkit kerana dia mempunyai kesulitan dalam kerja atau urusan hariannya..dan dia perlukan kita untuk membantunya..

setiap tindakan..pasti bersebab


kawan-kawan..
fahamilah apa yang cuba disampaikan oleh mereka yang mula mengungkit-ungkit

mereka perlukan kita untuk membantu
bukan menjatuhkan
^_^

Thursday, March 22, 2012

kita dan kesilapan

ramai menegur kesilapan insan.
..tetapi,,adakah betul cara yang kita gunakan?

ada yang menegur dengan suara yang kuat dgn sngaja supaya diri org yang ditegur dilihat seperti amat hina pada pndangan org lain yang mendengarnya.

Dalam hati mereka berharap agar dirinya dilihat seperti mereka yang amat prihatin pada agama dan mahu dianggap sebagai seorang yang lebih baik dari rakannya yang sedang ditegur tersebut..

ada pula yang selalu menggunakan kesilapan seseorg insan itu sebagai bahan bualan dan bahan lawak bersama rakan-rakannya yang lain..walaupun dengan niat bergurau,,adakah perbuatan tersebut dibolehkan?
ana percaya kalian sendri ada jawapannya
....................................................................................................................................................
benar...
suatu ketika dahulu mereka pernah tinggal solat sengaja mahupun tidak..

benar..
suatu ketika dahulu mereka pernah juga melawan cakap cikgu..

benar..
suatu ketika dahulu mereka pernah juga bergaduh dan brmasam muka..

apa yang ingin disampaikn disini adalah, bagaimana pula sikap kita terhadap pelaku silap yang lampau?
benar dulu kita dan mereka pernah lakukan sekian-sekian perkara,,
benar si polan pernah lakukan ini dan lakukan itu.

tetapi..
itu tidak bermaksud dia masih lagi begitu..

tidak percaya?

cuba tanya pada diri anda sendiri ,,berapa banyak kesilapan dan aib yang anda sendiri sudah tinggalkn dan anda amat berharap orang lain lupakannya? banyak bukan..

begitulah juga insan-indan yang berada di sekeliling kita sekarang..mereka ada yang sudah berubah, dan ada juga yang mahu sampaikan perubahan pada orang lain..maka janganlah kita sewenang-wenangnya menjatuhkan moral seorag pejuang agama yang baru hendak merasai nikmat menyampaikan dakwah dengan mengatakn dia sebegitu dan sebegini pada masa dahulu,,
ramai yang lupa bahawa kesedaran beragama itu adalah suatu nikmat yang Allah kurniakan pada insan-insan trtentu,,mereka lupa bahawa tidak semua orang mendapat nikmat tersebut,..mereka dengan mudah memandang jelek kepada pelaku salah ,tetapi mereka lupa kepada tanggungjawabnya untuk membantu insan yang kesilapan itu untuk membaiki dirinya

ramai lupa,,tidak semua org dilahirkan dalam keluarga yang beragama,,tidak semua dihantar ke sekolah agama,,tidak semua dididik dari kecil membaca al-Quran..
 
boleh jadi kerana kekurangan suasana beragama dalam proses pmbentukan dirinya itu telah menyebabkan mereka melakukan kesilapan..ttpi adakah kita perlu membiarkn mereka terus dalam kesilapan? adalah lebih tidak wajar jika kita mencaci kesilapan mereka.

ingat..BUKAN semua mendapat nikmat kefahaman pada agama seperti mana yang kita perolehi,,maka kongsilah nikmat tersebut pada mereka yang memerlukan..bukan dengan cacian..tetapi dengan kasih sayang kita..

*seorang muslim tidak akan pernah sama dengan dirinya yang lampau,,kerana seorang muslim sentiasa mencuba menjadi lebih baik pada hari ini daripada hari esok..^_^