Tuesday, May 1, 2012

dulu.kini .selamanya dia jahat


soalan pertama kepada anda:
1. adakah anda merasakan anda seorang yang adil?

baiklah simpan dahulu jawapan anda dalam kocek seluar

mari kita duduk sejenak, imbas kembali cara kita melayan manusia yang kunjung tiba dalam hidup kita.

ada yang berjumpa dengan kita selepas subuh
ada yang kita berborak-borak selepas zohor
ada yang berselisih selepas asar
dan ada juga yang bermesyuarat bersama dari maghrib sehingga isya'

mungkin puluhan orang, mungkin ratusan orang..
bertambah ramai yang kita ketemu, bertambah banyak andaian dalam diri

tetapi kita sering merasakan kita tahu segalanya

"Alaa..dia ni cam penagih dadah je muka."
lantas kita tidak melayan rakan kita itu dengan bersungguh-sungguh

"Budah hingusan macam dia ni mana la tau apa-apa."
terus kita membuang idea-idea yang dilontarkan oleh pelajar muda tersebut ke dalam tong sampah mesyuarat.

kita lupa suatu hakikat:
manusia mampu berubah..dan mereka pasti berubah

mereka yang dahulu kita kenal sebagai samseng sekolah
mungkin kini telah menjadi warden sekolah

mereka yang dahulu kita kenal sebagai buta al-Quran
mungkin kini telah menjadi hafiz al-Quran

jangan mudah membuat kesimpulan mudah bahawa
dulu.kini.selamanya dia adalah jahat/baik

layanlah manusia seolah-olah ini adalah kali pertama anda bertemu mereka
jangan biarkan hal-hal luaran membuatkan anda tidak berlaku adil dalam melayan mereka

tidak semestinya mereka yang terkenal itu benar belaka segala percakapannya
boleh jadi anak kampung nelayan itu lebih masuk akal apa yang diperkatakannya

tidak semestinya orang yang pernah mencuri itu jahat dalam segala perlakuannya
boleh jadi dia punyai sikap yang baik dalam menghormati orang tua

pendakwah yang baik tidak boleh mempunyai persepsi negatif terhadap diri mad'u mereka
jika tidak,,mereka yang benar-benar perlukan sentuhan dakwah itu tidak akan mendapat merasainya..

kerana pendakwah dengan persepsi negatif akan memilih-milih mad'u mereka..hanya mahu memilih yang baik-baik sahaja..kerana yang lain dirasakan tidak punyai peluang kedua.

layanlah seseorang itu dengan baik dan secara adil tanpa mengira status kedudukannya,pangkatnya,hartanya mahupun umurnya.
soalan kedua:
2. adakah anda merasakan anda seorang yang adil?


Friday, April 27, 2012

debat di sana, demo di sini

semalam baru selesai menonton debat antara YB Khairy Jamaluddin dengan Dato' Ambiga berkenaan reformasi pilihanraya.

"menarik.berfakta.jelas"
itu yang ana mampu simpulkan..

sebelum ini sempat juga menonton rakaman debat antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli di UK kalau tak silap.

tahniah ana ucapkan kepada kedua-dua pihak yang sudi membentangkan idea kalian..dan tidak lupa juga kepada pihak penganjur yang sanggup menjadi antara penyubur budaya yang sihat ini.

ana disini bukanlah nak mengulas mengenai isi perbincangan, siapa menang siapa kalah..tetapi ana nak nyatakan rasa syukur sebab aktiviti seperti ini semakin diterima baik oleh khalayak ramai.

ada pihak yang mengatakan debat tidak baik dan sebagainya
dan seterusnya mengeluarkan dalil-dalil yang menolak aktiviti debat
ana bukanlah mereka yang ahli dalam bidang ini dan ana bukan juga ingin menolak dalil

tetapi apa yang ana lihat dalam perdebatan ini, ia bukanlah "debat" seperti yang masyarakat umum fikirkan..ia adalah suatu perbentangan gagasan idea dan perbincangan.

suasana penuh akademik..tiada caci mencaci..

ia adalah perbincangan..cuma telah diberi nama "debat" kerana dua pemikiran yang berbeza bertemu dan berbahas..

jikalau ana tersilap,,betulkan ana

suasana sekarang..yang di kiri bercakap..yang di kanan bercakap
sana sini bercakap
sana tidak ingin mendengar sini, sini juga melayan sana sebegitu

maka, apabila kedua-dua pihak bercakap dalam medan dan waktu yang berbeza, mereka akan kelihatan bahawa mereka adalah benar belaka.

jadi yang mana satu yang benar sebenarnya?

kerana itulah, kita perlu letakkan kedua-dua pihak ini dalam suatu perbincangan supaya mereka dapat berbicara dalam medan dan waktu yang sama..seterusnya akan memperlihatkan kepada kita, dari mana datangnya salah faham itu.

seperti di dalam debat Khairy dengan Ambiga, kita boleh melihat dimana Khairy menerangkan dari mana datangnya 42,051 pengundi hantu dan kita boleh saksikan juga penjelasan daripada Khairy berkenaan bagaimana boleh terjadinya pemindahan pengundi dari suatu kawasan kepada kawasan yang baru.

inilah satu kelebihan debat berbanding ceramah kempen

di dalam ceramah semasa berkempen..pihak sana boleh cakap itu ini..pihak sini juga boleh cakap ini itu

sedangkan, apabila mereka bertemu dan diberi ruang untuk menjelaskan, maka kita kan lihat ia hanyalah salah faham.

disini ana nyatakan sokongan 100% supaya debat terbuka seperti ini diadakan pada masa akan datang apabila munculnya isu-isu nasional seperti ini.

Debat bukan untuk mencari siapa benar, siapa salah
tetapi untuk mencari dimana titik persamaan dan dimana bermulanya salah faham

debat di sana, demo di sini

bagaimana pula dengan demonstrasi?

siapa kata demonstrasi tiada manfaat..demo juga punyai manfaatnya yang tersendiri seperti mana debat.

dengan demo, barulah "mereka" yang buta prihatin ini akan cakna isu

dengan demo, barulah " mereka" yang mempunyai amanah menyedari mereka sering diperhatikan

"Oo..mahasiswa sepatutnya mempunyai peranan dalam masyarakat."
~kemudian barulah tampil tokoh-tokoh mahasiswa mengambil bahagian dalam perbincangan isu.

"Oo..PTPTN ada riba rupanya."
~kemudian muncul perbahasan mengenai riba yang dikenakan

"Oo..pilihanraya kita tak telus rupanya."
~kemudian baru diwujudkan jawatankuasa untuk memBERSIHkan sistem yang ada

debat dan demo..
kedua-duanya ada peranan tersendiri dalam penyelesaian sesuatu isu
cuma ia hanyalah alat untuk mencapai matlamat
usah dijadikannya matlamat

debat dan demo bukanlah hanya satu-satunya cara yang ada
tetapi adalah salah satu cara yang ada
sila gunakan cara yang ada dengan bijak

selamat memBERSIHkan Malaysia kawan-kawan ^_^


anda dan andaian

ragam manusia warna-warni
sana ragamnya begitu
sini ragamnya begini

ana persembahkan suasana pelangi kehidupan:

Situasi 1
bila dilihat si A (exco pelajar) muram dan tidak bermaya di hadapan ahli
kita akan berkata di belakang: "dia tak sepatutnya buat begitu, aku tak sokong exco camni."

Situasi 2
bila si B (rakan satu asrama) mula tidak kelihatan beberapa hari
rakan-rakannya akan mula berkata: "lama tak nampak? tidur seharian ke?"

Situasi 3
bila si C tidak hadir/lambat ke mesyuarat
pengerusi mesyuarat akan memarahi si C: "kamu ni tidak mengetahui fiqh aulawiyat!"

Situasi 4
bila si D mula merungut kerjanya yang berlambak
sahabat yang mendengar terus menyalahkannya: "buat kerja ikhlas la sikit"

*geleng-geleng kepala...

pilihan diberi:
(a) terus menyalahkan perilaku
(b) cuba memahami keadaan

anda pilih yang mana..?

secara realitinya kita lebih cenderung bertindak dengan pilihan (a), sedangkan apabila menjawab soalan SPM dengan situasi yang sama kita mampu menjawab (b) dengan tepat..apakah ini?

ada ilmu tiada amal
ada etika tiada akhlak
cantik kata punah tindakan

boleh jadi si A sedang mengalami masalah peribadi yang menekan emosinya. Walaupun dirinya diajar seni mengawal stress, tidak bermaksud dia sifar tekanan..si A tetap manusia, bukannya robot yang akan mengubah keadaan mengikut apa yang diprogramkan. Daripada anda terus berkata seperti di atas, mengapa tidak berkata dalam hati: "mungkin dia perlukan aku untuk luahkan masalah, salah aku tidak berada di sisi dia waktu ini."..

Si B tidak kelihatan seharian tidak bermaksud dia tidur seharian atau melarikan diri dari rakan-rakannya..boleh jadi selama ini dia yang rajin menziarahi bilik rakan-rakannya, tetapi sebaliknya yang berlaku terhadap dirinya..tidak ada rakan yang pernah ke biliknya. Maka apabila dia tidak menziarahi rakan-rakanya selama sehari, terus rakan-rakannya mengatakan dia itu dan ini. Sedangkan bukan salah si B, salah rakan-rakannya yang tidak mengambil berat si B sebagaiman si B mengambil perhatian kepada rakan-rakannya.

Bagaimana pula dengan si C..?
Tidak hadir ke mesyuarat atau hadir lewat adalah suatu kesalahan..tetapi tidak selamanya atau sentiasa boleh menjadi kesalahan. Ada sebilangan keadaan di mana pengerusi mesyuarat itu sendiri yang tersilap. Ramai galak menekankan kepentingan hadir dalam mesyuarat dan sebagainya..tetapi terlupa untuk menekankan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pengerusi mesyuarat dalam mengadakan mesyuarat atau perjumpaan...siapa yang perlu terlibat? betulkah isu ini perlu dibincangkan dalam mesyuarat? perlu ke mesyuarat diadakan..atau boleh berjumpa secara bersendirian sahaja?..kesilapan umum pengerusi mesyuarat boleh menjadi antara faktor mengapa berlakunya ketidakhadiran si C..mungkin sepatutnya si C tidak diperlukan di dalam perbincangan isu tersebut..atau si C terdapat perkara yang lebih aula untuk diutamakan.

Bagaimana pula dengan si D?
Merungut itu fitrah..meskipun bukan sikap yang baik. Usah disalahkan si D, sebaliknya cuba untuk berbincang dan memahami dengannya. Kerana merungut adalah satu signal yang cuba diberikan kepada pendengar bahawa "dia" sedang tertekan dan perlukan bantuan.

setiap tindakan punya sebab
anda yang memilih andaian dalam diri anda
dia salah.dia benar.dia terlupa.dia sengaja
semua pilihan anda

andai diri sengaja hidup dalam andaian negatif
segalanya akan jadi salah di mata anda

tetapi sekiranya anda suburkan dalam diri andaian positif
pandangan mata hati akan lebih luas dan indah

sangka baik adalah pilihan yang terbaik
*tips untuk dapat A+ dalam exam sivik SPM (haha) ^_^



Thursday, April 26, 2012

jangan dipujuk hati ini

nak lakukan dosa itu mudah
jikalau hati telah mengiakannya

rakan-rakan
andai dalam hati mula terdetik:

"Alaa...sikit je ni. Kau guna je duit tabung ni dulu..nanti kau bayarla balik"

atau

"Jangan risaula..kau buka laman web ni bukannya ada orang tahu."

atau

"Main game dulu beb, belajar tu kemudianla bila da hilang stress"

dan yang seerti dengannya..
maka janganlah dipujuk hati ini untuk melakukannya

didiklah diri untuk bermujahadah

seronokkah anda untuk melihat diri terus-menerus dipermainkan dan digelakkan oleh syaitan?
mereka hasut.anda ikut.mereka bisik.anda tewas

hinanya diri ini jika terus begitu

maksiat tercipta dari hati dan tindakan yang membenarkan ia terjadi
anda yang memilihnya

terus menerus untuk menjaga kemulian diri
atau
terus menerus untuk "menyeronokkan" diri
itu pilihan anda

syukur Allah itu maha pengampun..

ayuh BERSIHkan diri ini ^_^

Monday, April 23, 2012

untuk mereka yg tiada rasa bahagia

bila lihat ada kawan-kawan yang muram..
kesian sangat

kebahagiaan hilang dari diri mereka

eh..
benar ke kebahagiaan itu hilang?
atau diri mereka yang telah melupakan kebahagiaan tersebut?

sebelum kita pergi jauh..
tanya pada diri..mengapa perlu rasa bahagia?
perlu ke?

"Sebab...supaya hidup tak rasa serabut" jawab Ali

"Elak kemurungan?" Zakiah menambah ..

"Mungkin sebab fitrah manusia" tiba-tiba Aiman mencelah.

tepat sekali..
manusia secara semulajadinya cenderung dan memerlukan suasana yang bahagia dalam kehidupan mereka.

untuk apa..?

rasa bahagia akan menjadikan emosi individu menjadi stabil. Kesannya, tahap kualiti tindakan dan buah fikirannya akan berada di dalam keadaan yang optimum

baiklah..
bagaimana pula cara nak mendapatkan bahagia?

ramai yang..
rasa murung
rasa bersendirian
rasa bersalah
dan macam-macam lagi

adakah keadaan sekitar dirinya yang menjadikannya sebegitu?

mungkin boleh jadi faktor pencetus...tapi semuanya bergantung kepada diri individu itu sendiri..
tidak ada jalan lain untuk mencari kebahagian kecuali bermula dari persepsi individu itu sendiri

ada yang merasakan dengan harta banyak dia akan bahagia
tetapi ramai pula yang kaya tetapi tertekan hidupnya

ada yang merasakan dengan hidup tanpa kerja dirinya akan bahagia senang lenang
tetapi ramai pula menganggur kesempitan rezeki dan putus asa pada tuhan

ada yang merasakan dengan isteri cantik, rumah tangganya akan bahagia
tetapi ramai pula yang masjid yang dibina hancur angkara fitnah dan tidak percaya

kawan-kawan sendiri boleh lihat sekitar kalian
kesimpulannya..
bahagia bukan terletak kepada "situasi","tempat","barang" atau "orang" tertentu
akan tetapi bahagia terletak pada hati yang menilai "sesuatu yg tertentu" itu

maka apakah penawarnya bagi mereka yang tidak bahagia?

1.mula menerima seadanya keadaan dirinya

2.hentikan membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki individu lain

3.mula mencorakkan pencapaian dirinya berdasarkan keadaan dirinya..(bukan mengikut-ikut)
-hentikan berfikir "aku perlu jadi seperti dia, baru aku akan berjaya"
-mula berfikir "dengan apa yang aku ada sekarang, bagaimana cara untuk aku berjaya"

4. Terapkan dalam diri bahawa Allah amat menyayangi hamba-hambanya..segala apa yang telah disusun oleh Allah adalah yang terbaik dan terindah. Maka..mengapa perlu bersedih jikalau kita mengetahui kesusahan itu ada "kebaikan"nya untuk kita.

apa lagi kawan-kawan
rasa bahagia adalah suatu pilihan
mengapa perlu memilih sebaliknya?

maaflah sekiranya tersilap
ana kan orang tua biasa
^_^

 p/s: maksiat virus kebahagiaan

"Dari Shuhaib r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. Dan hal itu tidak didapatkan kecuali pada diri orang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan maka dia bersyukur. Dan apabila dia mendapatkan kesusahan maka dia akan bersabar. (H.R. Muslim)"

Sunday, April 22, 2012

jom main game!

Cuba bayangkan sekarang anda sedang bermain permainan video, terpulang mengikut citarasa anda..nak main bola ke..barbie ke..ataupun lumba kereta

Natijah daripada kebijaksanaan anda mengawal watak permainan tersebut, akhirnya anda telah sampai ke peringkat permainan yang paling tinggi sekali.

Di peringkat ini, anda diminta untuk mengalahkan ketua kepada segala ketua yang paling hebat.

Semasa perlawanan menjadi semakin sengit..(sila bayangkan dengan serius. haha)

tiba-tiba...

watak permainan kawalan anda bertindak sesuka hati...

yang bermain bola tiba-tiba own goal

yang bermain kereta tiba-tiba wrong direction

yang bermain barbie...err....tiba-tiba menangis (kot..)


Apa perasan anda selepas itu?

marah?

bingung?

mengetawakan diri sendiri?

atau kesemuanya sekali..?

Ana bukan nak huraikan berkaitan permainan video ataupun perasaan marah tadi.

Ana cuma nak kita renungkan semula sikap kita di dalam persatuan, organisasi mahupun jemaah islam..

Selaku mereka yang berintima' `aqidi (bergabung dengan jemaah atas dasar akidah), kita seharusnya bekerja dan bergerak mengikut posisi yang telah ditetapkan oleh jemaah.

Akan tetapi, sedih bertambah malang (tetapi tidak berbau) apabila kita lebih cenderung membawa nama peribadi masing-masing dengan menggunakan saluran jemaah. Kita hanya bergerak atas keinginan peribadi.

Apabila kita mendapat posisi yang sesuai dengan kehendak diri, kita bekerja dengan senang hati. Tetapi, apabila kita mendapat posisi yang dirasakan terlekatnya secebis hina, kita menolak dan mengambil ringan tugasan tersebut.

Orait, ada yang sudah nampak apa yang ana cuba sampaikan? (sila angkat tangan..yea!)

belum lagi..?

Baiklah ana teruskan..

Begitulah analogi yang ana cuba berikan kepada kalian mengenai "mereka" yang memilih-milih dan cerewet di dalam melaksanakan tugas yang diberikan oleh jemaah.

Diposisikan sebagai pengarah atau penasihat atau pengerusi, diri terus merasa bangga, kembang kempis hidung. Ramai datang berebut-rebut..

Apabila diminta mencuci tandas awam, menyertai gotong-royong ataupun turun padang berceramah, mereka ini mula tarik diri dengan pelbagai alasan.

Bagaimana mungkin matlamat jemaah akan tercapai sekiranya masih terdapat watak sebegini?

Bagaimana mungkin kemenangan digenggam jikalau watak berlari-lari kesana kemari tidak mahu dipandu arah oleh jemaah?

Mereka merasakan potensi mereka diabaikan, mereka merasakan masa mereka dibazirkan, mereka merasakan mereka lebih sesuai melakukan kerja yang lebih "besar"

Hakikatnya, mereka yang menyusun atur strategi itu nampak dengan jelas bahawa bola perlu di"pass"kan kepada "striker" sayap kanan baru kita akan menjaringkan gol..mengapa perlu si "striker" sayap kiri merasa terhina melakukan serahan bola kepada rakanya untuk menjaringkan gol?

Apa akan jadi sekiranya, tiba-tiba si striker kiri ingkar pada kawalan pemain? dia terus merembat bola, kerana ingin dirinya digelar penjaring terhebat. Akhrinya, bola dapat ditahan dengan mudah oleh penjaga gawang lawan.

Kesudahannya, kemenangan tidak akan tercapai

Sedarlah, pimpinan lebih nampak dimana kegunaan kita pada ketika "itu", di tempat "itu" untuk kelebihan islam.

jikalau mereka tak bijak berbahasa...

Pernah tak berada di dalam situasi macam ni?

"Man..kaki aku sakit la..kenapa eh? tadi doktor cakap tisu koyak..boleh terangkan sikit tak?" Haris bertanya kepada Aiman yang merupakan pelajar perubatan.

"Err..aku rasa, Anterior Cruciate Ligament ko koyak la, sebab tu kaki ko tak leh bend..boleh jadi jugak ko punya medial meniscus ko pun ada masalah." Aiman agak ralat mencari ayat.

"Amende tu man? cakap la bahasa melayu.." Haris semakin pening.

"Alamak..."

Bahasa amat penting dalam kehidupan, bahasa juga menjadi kompenen utama dalam penyampaian ilmu kepada masyarakat.

Akan tetapi..
ramai yang meremehkan.

Kita lebih suka menggunakan istilah-istilah berbelit yang terdapat dalam buku pelajaran kita berbanding mencari bahasa yang lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat. Penggunaan istilah-itstilah khusus ini atau lebih dikenali sebagai jargon ini sepatutnya dielakkan dalam penerangan sesuatu ilmu kepada masyarakat umum.

Situasi ini tidak sahaja berlaku di kalangan penuntut ilmu profesional, akan tetapi turut berlaku pada golongan asatizah.

Apabila berbicara, mereka tidak lari dengan perkataan-perkataan arab yang mungkin bagi mereka ianya normal, tetapi hakikatnya cukup asing pada pendengaran masyarakat di kampung.

Kesannya, ramai yang tidak memahami dan merasakan ilmu agama itu sukar dan rumit. Akhirnya, mula mengasingkan agama dan kehidupan.

Adakala kita turut sama mendengar ada yang mengatakan bahawa dia akan kelihatan tidak bijak jikalau  menggunakan bahasa melayu.

Realitinya, mereka bukan sahaja mula kelihatan tidak bijak apabila berbahasa melayu. Tetapi, sebaik sahaja mereka tidak mampu berbahasa melayu itu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa tidak bijaksananya mereka. Kerana mereka lahir di bumi yang menggunakan bahasa ini.

Ramai yang menggunakan ayat diatas apabila mereka ingin lari daripada kenyataan bahawa mereka tidak mampu berbahasa dengan baik. Mungkin bagi mereka adalah sesuatu yang bijak apabila dapat menyebutkan ribuan istilah pelik yang jarang didengar, tetapi agak malang apabila ucapannya gagal menyampaikan mesejnya yang sebenar.

Jadi sahabatku, disamping kita mempelajari bidang ilmu pengkhususan kita. Jangan lupa untuk mendalami kaedah dan bahasa terbaik untuk menerangkan kembali ilmu tersebut kepada masyarakat..


Mereka yang bijak adalah mereka yang dapat meleraikan sesuatu yang rumit kepada yang mudah difahami oleh orang umum